Pages

Wednesday, July 21

Bangunan Baru PPD Lipis

Bangunan baru PPD Lipis yang terletak di belakang SMK Setiawangsa dalam proses pembinaan. Mengikut jangkaan awalnya, bangunan ini akan diserahkan kepada PPD Lipis pada bulan September 2010, namun atas beberapa sebab tarikh penyerahan itu ditunda ke bulan Januari 2011. Kedudukan di atas bukit bakal menyerlahkan keindahan bangunan ini dan sesuai dengan fungsinya yang bertanggungjawab terhadap kecemerlangan pendidikan daerah ini. Semoga dengan terbinanya bangunan baru ini akan memberi lebih keselesaan kepada pegawai dan staf PPD Lipis dalam melaksanakan tugas masing-masing. Guru-guru dan masyarakat keseluruhannya akan lebih mudah berurusan tanpa perlu bersesak-sesak mencari parking.

Sunday, July 18

Sambutan Hari Guru 2010

Pada 17 Julai 2010 (Sabtu) telah berlangsung sambutan Hari Guru peringkat Daerah Lipis di SMV Sultan Haji Ahmad Shah Kuala Lipis. Sambutan kali ini agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini. Sambutan kali ini yang bercorakkan 'telematch' bertujuan mengeratkan tali siraturrahim dalam kalangan guru-guru. Setiap sekolah diwakili oleh empat orang peserta iaitu Pengetua atau Guru Besar, seorang Guru Penolong Kanan dan dua orang guru. Para peserta telah dibahagikan kepada 30 kumpulan dengan setiap kumpulan mengandungi sekurang-kurangnya 7 orang ahli. Acara sambutan dimulakan dengan senamrobik dan diikuti dengan paluan gong oleh Tuan Haji Basirun, PPD Lipis sebagai tanda bermulanya pertandingan. Terdapat 10 stesen (game) yang mesti dilalui oleh semua peserta. Pemenang tempat pertama hingga ke empat telah menerima hadiah yang disampaikan oleh Tuan PPD pada akhir pertandingan. Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Lipis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan Hari Guru kali ini. Terima kasih cikgu.

Instructor senamrobik (lincah betul dia orang ni, tak mampu nak ikut..)

Bersedia untuk melakukan senamrobik (steady lagi la...)

keras betul pinggang ni...

Baru setengah jam senamrobik, penat macam lari 400 meter

Acara mengikat tali (wisel dah ditiup, ada kumpulan masih mengikat lagi ni...tak aci betul)

Kumpulan 11 memang tak pandai menyumpit. Dapat 22 mata je... (Respect la kumpulan Cikgu Shakban, GB Betau dapat 68 mata)

Masa dah tamat weh...sudah-sudah le ikat tu.

Acara bulu tangkis...ada kumpulan satu pun tak masuk

Majlis penutup...suspen nak tahu kumpulan mana menang

Tuan Hj. Basirun menyampaikan hadiah kepada pasukan yang menang (harap-harap dia orang ni menang bersih la...tak tipu)

Tuesday, July 13

Lantikan Jawatankuasa Pengurusan Aset dan Stor

Semua Pengetua Kanan / Pengetua / Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Lipis

Tuan,
PENCALONAN NAMA UNTUK LANTIKAN JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET DAN STOR
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009, adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan untuk memastikan bahawa setiap organisasi di bawah seliaannya melantik Jawatankuasa Pengurusan Aset dan Stor.

3. Sehubungan itu, tuan adalah diingatkan supaya menghantar nama-nama untuk lantikan Jawatankuasa Pengurusan Aset dan Stor kepada Pejabat Pelajaran Daerah Lipis sebelum 27 Julai 2010. Borang lantikan boleh dimuat turun melalui laman sesawang http://www.mediafire.com/?tzumyzdzmunjmjz
5. Kerjasama tuan dalam perkara ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Nota : Surat asal telah diletakkan di dalam 'pigeon-hole' pada 14 Julai 2010.

Bercuti di Cameron Highlands

Sabtu lepas (10 Julai 2010), ingin lari dari tekanan tugas yang agak mencabar dua minggu kebelakangan ini, saya membawa keluarga bercuti ke Cameron Highlands. Melalui jalan Pos Betau - Bertam Valley, perjalanan menjadi singkat jika dibandingkan menggunakan jalan Gua Musang - Lojing. Dari Kuala Lipis ke Ringlet cuma mengambil masa 1 jam 30 minit sahaja. Jalan ini sudah hampir 90 peratus siap cuma ada tempat-tempat tertentu berlaku tanah runtuh.
Saya memilih untuk menyewa hotel di pekan Brinchang supaya mudah untuk ke pekan sehari yang diadakan pada setiap petang Sabtu. Sementara menunggu untuk 'check in' saya membawa keluarga ke Kia Farm untuk melihat sayuran-sayuran dan buah-buahan segar yang dijual di situ. Bau jagung bakar dan cendawan goreng tepung betul-betul menyelerakan. Kedua-dua anak saya sangat suka makan cendawan goreng tepung dan strawberry coklat. Untuk mengelakkan jem, tepat pukul 1.00 tengah hari saya bertolak balik ke Brinchang.
Cuaca di Cameron tidak lagi sesejuk dahulu. Mungkin disebabkan pembangunan yang terlalu pesat dan pokok-pokok banyak ditebang. Bilik-bilik hotel pula tidak dilengkapi pendingin hawa, terasa juga panasnya. Namun, masalah utama di Cameron Highlands ini ialah tempat letak kereta. Kadang-kadang sampai empat lima kali pusing baru dapat. Majlis Daerah Cameron Highlands perlu memikirkan masalah ini kerana sepuluh atau dua puluh tahun akan datang, masalah ini akan menjadi betul-betul kritikal.