Pages

Tuesday, November 4

Reunion Pengurusan Sekolah JPN dan PPD Pahang 2025

 

Pada 31 Oktober 2025 (Jumaat) bertempat di Hotel Mega View Kuantan telah diadakan Reunion Pengurusan Sekolah JPN dan PPD Pahang. Selain reunion, perjumpaan ini juga mengambil kesempatan meraikan persaraan Encik Nor Ahmad bin Abdul Rahim (mantan PPD Raub dan PPD Lipis

Majlis yang bermula jam 8.30 malam itu dihadiri seramai 31 orang yang terdiri daripada pegawai serta staf Unit Menengah JPN Pahang dan Penolong PPD Menengah. Kebanyakannya telah pun bersara.

Dato' Dr Haji Tajuddin bin Mohd Yunus (mantan Pengarah IAB Induk Bandar Enstek) menyampaikan ucapan mewakili semua yang hadir sempena reunion dan persaraan Encik Nor Ahmad bin Abdul Rahim. Dato' juga pernah menjadi Pengarah Pendidikan Pahang dan KPP Unit Menengah JPNP.

Encik Nor Ahmad bin Abdul Rahim yang akan bersara pada 27 November 2025 nanti menyampaikan ucapan kepada rakan-rakan yang pernah terlibat dengan Unit Menengah JPN dan PPD.

Saya mengambil kesempatan menyampaikan cenderamata kepada mantan bos semasa bertugas sebagai Penolong PPD Menengah dan Guru Besar di daerah Lipis.

Memotong pulut kuning bagi meraikan majlis meraikan persaraan Encik Nor Ahmad.

Bergambar beramai-ramai sebelum bersurai. Semoga majlis seumpama ini akan diadakan lagi pada masa-masa akan datang.


ANEKDOT DI MEGA VIEW

Mengisi malam bersama
Membaca kelmarin yang manis
Walau hanya sekelumit dapat direbut 
Menjadi cermin esok

Kita bersetuju 
Mengusung rindu
Biarpun sulit 
Namun saling ngerti
Hidup yang sisa
Terus dinyala setangginya
Dengan tenang.

RAHMIN MAHASAN
31 OKTOBER 2025
KUANTAN

Wednesday, October 22

Majlis Persaraan Warga Pendidikan Lipis 2025

 


Pada 10 Oktober 2025 (Jumaat) bertempat di Dewan Wacana Minda A, Pejabat Pendidikan Daerah Lipis telah berlangsung Majlis Persaraan Warga Pendidikan Lipis 2025. Seramai 34 orang warga pendidikan yang terdiri daripada guru dan staf sokongan telah diraikan dalam majlis ini.


Terima kasih saya ucapkan kepada Encik Shahnam bin Abd Rashid, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis dan semua Ahli Jawatankuasa yang terlibat menjayakan majlis ini. Sesungguhnya majlis ini amat bermakna buat saya dan rakan-rakan pesara yang lain. Semoga pendidikan Lipis terus cemerlang pada masa-masa akan datang.

Sambutan Hari Kemerdekaan 2025

 


Berpeluang untuk merasai kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan 2025 peringkat daerah Lipis. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam perbarisan dan persembahan sempena sambutan kemerdekaan ini.

Majlis Persaraan Anjuran Penggerak Lipis

 


Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada Pejabat Pendidikan. Daerah Lipis dan Jawatankuasa Penggerak Prasekolah Daerah Lipis atas usaha menganjurkan majlis Rindu Berbisik Jiwa Terusik pada 18 Jun 2025 yang lalu.


Majlis yang diadakan di Laman Qaseh Kuala Lipis ini bertujuan meraikan persaraan saya selaku mantan Pengerusi dan Puan Zarina Manja selaku Timbalan Pengerusi Penggerak Prasekolah Daerah Lipis.


Terima kasih Tuan Haji Zulfakri bin Idris, Timbalan PPD Pengurusan Sekolah yang telah mewakili Tuan PPD dan Tuan Haji Mohd Asyraf bin Lukman, Penolong PPD Prasekolah kerana turut hadir dalam majlis meraikan persaraan ini.


Tahniah kepada Ustaz Rohadi bin Kamaludin, Guru Besar SK Clifford atas pemilihan sebagai Pengerusi Penggerak Prasekolah Lipis yang baru bagi menggantikan saya. Semoga Penggerak Lipis terus memainkan peranan penting bagi menyokong aktiviti-aktiviti prasekolah peringkat daerah, negeri dan juga kebangsaan.

Friday, July 18

Ride ke Kuala Tahan

 

Pada 16 Julai 2025 saya bersama isteri meluangkan masa bercuti ke Taman Negara Kuala Tahan.


Buat pertama kali saya menunggang motosikal ke Kuala Tahan. Isteri memandu kereta mengikuti dari belakang. Perjalanan dari Kuala Lipis ke Kuala Tahan sejauh 127 kilometer mengambil masa lebih kurang 2 jam 15 minit.

Menikmati jamuan ringan sementara menunggu waktu bertolak ke Santuary Kelah.


Menaiki bot ke Santuary Kelah Lubuk Tenor. Pemandangan yang sungguh menarik sepanjang perjalanan menaiki bot. Air yang agak cetek menyebabkan badan bot bergesel dengan batu-batu di dasar sungai.

Memberi makan kepada ikan-ikan kelah di Lubuk Tenor. Besar-besar ikan kelahnya. Mungkin kerana kerap diberi makan oleh pelancong yang datang.




Thursday, July 10

Mengisi Ruang Waktu

Selepas bersara banyak masa terluang. Peringkat awal rasa seronok duduk di rumah berehat-rehat. Namun lama-lama mula terasa jemu dan badan pun kurang cergas seperti waktu bekerja dahulu. Oleh itu, saya cuba mencari aktiviti riadah yang sesuai pada peringkat usia ini. 

Tertarik melihat rakan-rakan guru menjadikan menunggang motorsikal sebagai salah satu aktiviti riadah bagi mengisi ruang waktu, maka saya pun membeli sebuah skuter Yamaha NMAX 155. Setakat ini saya hanya menunggang seorang diri sahaja untuk memahirkan diri.

Aktiviti menunggang pertama saya ialah dari Kuala Lipis ke Gua Musang. Perjalanan sejauh 93 kilometer mengambil masa hampir 2 jam sehala. Untuk pertama kali menunggang ini, memang terasa penat sangat. 

Aktiviti menunggang kedua saya ke Jerantut. Perjalanan cuma 62 kilometer dan hanya mengambil masa sejam untuk sampai. Sempat singgah di Kuala Tembeling untuk bergambar.

Aktiviti menunggang ketiga saya ke Cameron Highlands. Perjalanan hampir 2 jam dengan jaraknya 130 kilometer.

Aktiviti menunggang keempat saya ke Fraser's Hill. Mengambil masa hampir 2 jam lebih dengan jarak perjalanan 97 kilometer.

Monday, May 19

Majlis Sanjungan Budi Persatuan Pandu Puteri Lipis

 

Pada 8 Mei 2025, saya telah dijemput untuk bersama dalam Majlis Sanjungan Budi Timbalan Pengerusi Persatuan Pandu Puteri Daerah Lipis. Majlis ini telah diadakan di Laman Qaseh Kuala Lipis.

Pada majlis ini, saya turut diberi penghargaan atas kerjasama serta sokongan yang telah diberikan kepada Persatuan Pandu Puteri Daerah Lipis sepanjang saya menjadi Guru Besar SK Wan Ibrahim.

Semoga Pasukan Pandu Puteri Daerah Lipis terus aktif serta cemerlang di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. 

Terima kasih atas penghargaan yang diberikan kepada saya.

Anak Penakan Kahwin


Pada 3 Mei 2025 yang lalu, saya dan isteri pulang ke Kampung Pelubang, Mukim Bukit Tinggi, Jitra bagi meraikan perkahwinan anak saudara saya.

Nor Rosyalidya Amira adalah anak kepada adik saya Roslan bin Abd Hamid. Semoga rumah tangga yang dibina ini kekal bahagia hingga ke Jannah.

Walaupun hujan agak lebat, namun majlis tetap meriah dengan kehadiran para jemputan. Bagi pihak adik, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang dapat hadir.

Alhamdulillah, majlis ini memberi peluang kepada saya bertemu dengan rakan-rakan sepermainan semasa kecil dahulu. Semoga persahabatan ini kekal utuh walaupun kita berjauhan.