Penaja Menu :
Sate dan Nasi : SMK Clifford & SMT Sultan Haji Ahmad Shah Kuala Lipis
Sate dan Ketupat : SMK Padang Tengku & SMK Orang Kaya Haji
Lemang : SMK Benta & SMK Setia Wangsa
Rendang Ayam : SMK Kerambit & SMK Seri Lipis
Rendang Daging : SMK Kuala Lanar & SMK Merapoh
Dodol : Urusetia (Kelab Staf PPD Lipis)
Tapai : SMK Sungai Koyan
Roti Jala & Kuih Raya : Majlis Guru Besar Lipis
Buah-buahan : Sekolah-Sekolah Orang Asli
Minuman : Urusetia ( Kelab Staf PPD Lipis )
En. Hamdan (Timbalan PPD) sedang meraikan Dato' Bahrin (mantan PPD Lipis) dan Tuan Kadi Lipis menikmati juadah yang disediakan.



Mesyuarat Pengurusan Pengetua dan Guru Besar Daerah Lipis kali kedua telah diadakan pada 26 hingga 28 Mei 2009, bertempat di Hotel Brisdale Kuala Lumpur. Mesyuarat ini bertujuan memberi maklumat-maklumat terkini kepada Pengetua dan Guru Besar dalam melaksanakan peranan mereka sebagai ketua dan pemimpin sekolah. Dua orang penceramah luar telah dijemput iaitu En. Mazzam b. Bakar dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan En. Wan Abdullah dari Jemaah Nazir Raub.
