Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Lipis,
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Pihak PPD Lipis telah diminta oleh Jabatan Pelajaran Pahang untuk menyediakan Laporan Harta Modal dan Inventori Kew.pa-8, Laporan Tahunan Pelupusan Aset Alih Kerajaan Kew.pa-20 dan Laporan Tindakan Surcaj / Tatatertib Aset Alih Kerajaan Kew.pa-32 tahun 2009 yang akan dikemukakan kepada perbendaharaan sebelum 15 Mac setiap tahun berikutnya.
Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik pihak tuan untuk menyediakan laporan tersebut di peringkat sekolah dan dikemukakan kepada Pegawai Aset, PPD Lipis sebelum atau pada 12 Februari 2010.
Borang-borang Kew.pa-8, Kew.pa-20 dan Kew.pa-32 boleh dimuat turun daripada laman blog ini.
Sekian, terima kasih.
Sunday, January 31
Tuesday, January 26
Pertukaran Pegawai Pelajaran Daerah Lipis
Pemantauan Bersepadu
Pemantauan Bersepadu PPD Lipis ke SMK Seri Lipis telah diadakan pada 12 Januari 2010. Pemantau sehari ini telah melibatkan 12 orang pegawai PPD Lipis. Selain memberi fokus kepada proses P&P (elemen 9), pemantauan juga dilakukan terhadap bidang-bidang lain seperti keceriaan, aset, kewangan, asrama, panitia dll. Pemantauan diakhiri dengan perjumpaan bersama semua guru. En. Hamdan bin Harun, Timbalan PPD telah melaporkan hasil pemantauan.
En. Hamdan b. Harun sedang melaporkan hasil pemantauan

Hari Keluarga PPD Lipis 2009
Hari Keluarga PPD Lipis telah diadakan di Berjaya Hill Resort, Bukit Tinggi, Bentong pada 27 Disember 2009. Hari keluarga ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan staf serta sesama keluarga. Program yang bermula dari pukul 10.00 pagi ini telah diisi dengan beberapa aktiviti antaranya ialah pertandingan bowling, mandi kolam dan sukaneka. Program ini turut dihadiri oleh Pn. Samsiah Hj. Suradin, Pegawai Pelajaran Daerah Lipis. Program hari keluarga ini berakhir pada pukul 5.00 petang.
Wednesday, November 18
Tuesday, November 17
Mesyuarat Pengurusan KGSK Bil 2/2009
Pada 15 hingga 17 November 2009, bertempat di Hotel Plaza Kuala Lumpur telah berlangsung Mesyuarat Pegawai KGSK Bil. 2/2009. Mesyuarat selama 2 hari itu telah dihadiri semua Pegawai KGSK dari negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Mesyuarat kali ini tidak dihadiri oleh pagawai-pegawai dari Sabah dan Sarawak. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan isu-isu semasa, kewangan dan perancangan 2010.

Wednesday, November 11
Mesyuarat Penyelarasan
Pada 9 hingga 11 November 2009, bertempat di Hotel Megaview, Kuantan telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan dan Pengumpulan Data KGSK Peringkat Negeri Pahang 2009. Mesyuarat yang dihadiri oleh Pegawai Khas KGSK dari semua daerah di negeri Pahang ini, telah dipengerusikan oleh Dr. Abdul Aziz bin Abdul Hamid, Pegawai Khas KGSK JPN Pahang. Mesyuarat selama hampir 3 hari 2 malam ini telah membincangkan isu-isu semasa tentang KGSK dan guru ganti. Beberapa perkara telah diselaraskan terutama pemberian gaji untuk guru ganti yang selama ini agak berbeza-beza antara satu daerah dengan daerah yang lain. Selain itu, mesyuarat ini juga turut menyiapkan laporan yang akan dibawa ke Mesyuarat Penyelarasan KGSK peringkat kebanagsaan yang dijangkakan akan diadakan pada 16 hingga 18 November nanti.
Dr. Abdul Aziz bin Abdul Hamid sedang mempengerusikan mesyuarat
Tuan Haji Tajuddin bin Mohd Yunus, KPP Sektor Pengurusan Sekolah JPN Pahang
sedang menyampaikan ucapan penutupan
Subscribe to:
Posts (Atom)


