Hari Keluarga PPD Lipis telah diadakan di Berjaya Hill Resort, Bukit Tinggi, Bentong pada 27 Disember 2009. Hari keluarga ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan staf serta sesama keluarga. Program yang bermula dari pukul 10.00 pagi ini telah diisi dengan beberapa aktiviti antaranya ialah pertandingan bowling, mandi kolam dan sukaneka. Program ini turut dihadiri oleh Pn. Samsiah Hj. Suradin, Pegawai Pelajaran Daerah Lipis. Program hari keluarga ini berakhir pada pukul 5.00 petang.
Tuesday, January 26
Wednesday, November 18
Tuesday, November 17
Mesyuarat Pengurusan KGSK Bil 2/2009
Pada 15 hingga 17 November 2009, bertempat di Hotel Plaza Kuala Lumpur telah berlangsung Mesyuarat Pegawai KGSK Bil. 2/2009. Mesyuarat selama 2 hari itu telah dihadiri semua Pegawai KGSK dari negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Mesyuarat kali ini tidak dihadiri oleh pagawai-pegawai dari Sabah dan Sarawak. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan isu-isu semasa, kewangan dan perancangan 2010.

Wednesday, November 11
Mesyuarat Penyelarasan
Pada 9 hingga 11 November 2009, bertempat di Hotel Megaview, Kuantan telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan dan Pengumpulan Data KGSK Peringkat Negeri Pahang 2009. Mesyuarat yang dihadiri oleh Pegawai Khas KGSK dari semua daerah di negeri Pahang ini, telah dipengerusikan oleh Dr. Abdul Aziz bin Abdul Hamid, Pegawai Khas KGSK JPN Pahang. Mesyuarat selama hampir 3 hari 2 malam ini telah membincangkan isu-isu semasa tentang KGSK dan guru ganti. Beberapa perkara telah diselaraskan terutama pemberian gaji untuk guru ganti yang selama ini agak berbeza-beza antara satu daerah dengan daerah yang lain. Selain itu, mesyuarat ini juga turut menyiapkan laporan yang akan dibawa ke Mesyuarat Penyelarasan KGSK peringkat kebanagsaan yang dijangkakan akan diadakan pada 16 hingga 18 November nanti.
Dr. Abdul Aziz bin Abdul Hamid sedang mempengerusikan mesyuarat
Tuan Haji Tajuddin bin Mohd Yunus, KPP Sektor Pengurusan Sekolah JPN Pahang
sedang menyampaikan ucapan penutupan
Sunday, October 25
Jamuan Hari Raya Aidil Fitri PPD Lipis
PPD Lipis telah mengadakan Jamuan Hari Raya Aidil Fitri pada 15 Oktober 2009. Jamuan ini telah mendapat kerjasama daripada sekolah-sekolah daerah Lipis dari segi sumbangan makanan dan peralatan. Jamuan yang bermula dari pukul 3.00 hingga 5.00 petang itu telah dihadiri oleh ketua-ketua jabatan, warga pendidikan daerah Lipis serta pesara-pesara pendidikan.
Penaja Menu :
Sate dan Nasi : SMK Clifford & SMT Sultan Haji Ahmad Shah Kuala Lipis
Sate dan Ketupat : SMK Padang Tengku & SMK Orang Kaya Haji
Lemang : SMK Benta & SMK Setia Wangsa
Rendang Ayam : SMK Kerambit & SMK Seri Lipis
Rendang Daging : SMK Kuala Lanar & SMK Merapoh
Dodol : Urusetia (Kelab Staf PPD Lipis)
Tapai : SMK Sungai Koyan
Roti Jala & Kuih Raya : Majlis Guru Besar Lipis
Buah-buahan : Sekolah-Sekolah Orang Asli
Minuman : Urusetia ( Kelab Staf PPD Lipis )


Penaja Menu :
Sate dan Nasi : SMK Clifford & SMT Sultan Haji Ahmad Shah Kuala Lipis
Sate dan Ketupat : SMK Padang Tengku & SMK Orang Kaya Haji
Lemang : SMK Benta & SMK Setia Wangsa
Rendang Ayam : SMK Kerambit & SMK Seri Lipis
Rendang Daging : SMK Kuala Lanar & SMK Merapoh
Dodol : Urusetia (Kelab Staf PPD Lipis)
Tapai : SMK Sungai Koyan
Roti Jala & Kuih Raya : Majlis Guru Besar Lipis
Buah-buahan : Sekolah-Sekolah Orang Asli
Minuman : Urusetia ( Kelab Staf PPD Lipis )
En. Hamdan (Timbalan PPD) sedang meraikan Dato' Bahrin (mantan PPD Lipis) dan Tuan Kadi Lipis menikmati juadah yang disediakan.
Wednesday, October 14
Kursus TPA dan TPS
Pada 5 hingga 8 Oktober bertempat di Hotel Vistana Kuantan telah berlangsung Kursus Tatacara Pengurusan Aset Alih dan Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan peringkat Zon Timur. Kursus selama 3 hari ini bertujuan memperkemas dan memantapkan pengurusan aset alih dan stor kerajaan di peringkat Bahagian, Jabatan dan PPD. PPD Lipis telah diwakili oleh Encik Mohd Fazli bin Abd Hamid, Pegawai Khas KGSK yang akan melaksanakan tugas sebagai Pegawai Aset dan Encik Ayub bin Haji Zakaria sebagai Pegawai Stor. Kursus

Thursday, September 24
PROGRAM ZIARAH CAKNA PMR
Program ini dilaksanakan setiap kali menjelang peperiksaan PMR. Pegawai-Pegawai dari PPD Lipis akan membuat lawatan ke sekolah-sekolah yang mempunyai calon PMR. Tujuan program ini bukan bertujuan untuk memantau P&P tetapi lebih kepada usaha untuk bertanya khabar dan meninjau persiapan akhir pihak sekolah untuk menghadapi peperiksaan. Lawatan ini juga sebagai menggambarkan keprihatinan pihak PPD Lipis yang ingin melihat setiap sekolah mencapai keputusan cemerlang dalam PMR dan seterusnya melonjak kedudukan pencapaian daerah ke tahap yang lebih baik.


Subscribe to:
Posts (Atom)

