Tuesday, September 15
MAJLIS BERBUKA PUASA
BENGKEL MOTIVASI
Tuan PPD dalam ucapan penutupan bengkel, mengharapkan bengkel selama 2 hari itu, dapat membina semangat berpasukan yang utuh dalam kalangan pegawai dan staf di PPD Lipis. Semoga dengan hubungan mesra dan saling membantu itu, PPD Lipis dapat memantapkan pengurusan dan seterusnya dapat menggembeling seluruh tenaga pendidik di daerah Lipis bagi mencapai keputusan yang terbaik pada masa depan.
Tuan Haji Mohd Nor bin Saad, fasilitator bengkel
Acara "ice breaking"
Peserta Bengkel yang hadir
Menyanyi lagu "Masihkah kau ingat" sambil bergandingan tangan
En. Hamdan bin Harun, Timbalan PPD turut mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang dijalankan
Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan
Thursday, May 28
Mesyuarat Pengurusan PPD Lipis 2009

Mesyuarat Pengurusan Pengetua dan Guru Besar Daerah Lipis kali kedua telah diadakan pada 26 hingga 28 Mei 2009, bertempat di Hotel Brisdale Kuala Lumpur. Mesyuarat ini bertujuan memberi maklumat-maklumat terkini kepada Pengetua dan Guru Besar dalam melaksanakan peranan mereka sebagai ketua dan pemimpin sekolah. Dua orang penceramah luar telah dijemput iaitu En. Mazzam b. Bakar dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan En. Wan Abdullah dari Jemaah Nazir Raub.Puan Samsiah binti Suradin, Pegawai Pelajaran Daerah Lipis, turut hadir bagi menyempurnakan majlis penutupan mesyuarat. Dalam ucapan penutup, beliau menekankan peri pentingnya semua pengetua dan guru besar kembali segar dan ghairah dalam melaksanakan tugas masing-masing. Pengetua dan guru besar yang sudah hampir bersara tidak boleh hilang semangat dan hanya menjadi "kayu mati" yang menunggu tarikh bersara sahaja. Motivasi diri perlu dipertingkatkan agar dapat mempengaruhi guru-guru agar lebih bersemangat dan penuh ghairah untuk mendidik anak murid.
Lawatan YB Dr. Fuad Zakashi ke SK Titom

Saya dan En. Abd Manaf (Pegawai HEM) terpaksa makan nasi dengan sardin sahaja. Tak apalah, asalkan tidak kebulurPertandingan Kompang
Sunday, April 19
Kursus Pengucapan Awam & Kewangan
PPD Lipis telah mengadakan Kursus Pengucapan Awam pada 17 hingga 19 April 2009, bertempat di Concorde Inn KLIA, Sepang. Kursus selama 2 hari ini telah dihadiri oleh semua pegawai dan staf PPD Lipis. Pn. Samsiah binti Suradin, Pegawai Pelajaran Daerah Lipis juga turut hadir pada majlis penutupan kursus. Penceramah kursus ini ialah Encik Rahmin bin Mahasan, Ketua Unit Pengurusan Sekolah PPD Lipis. Beliau menyampai teknik-teknik pengucapan awam yang berkesan. Para peserta kursus kemudiannya dikehendaki menyampaikan ucapan awam masing-masing sebagai latihan. Slot kewangan pula dijalankan secara forum, dimana 6 orang staf kewangan terdiri daripada En. Hasbullah, Tn. Hj. Othman, En. Mohd Shahril, En. Ayub, Pn. Ina, Cik Rohaya dan Cik Wani diminta menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh peserta-peserta kursus. Forum tersebut telah dipengerusikan oleh En. Hussaini b. Hj Ibrahim, Pegawai PPDa PPD Lipis. Semua peserta kursus telah diberi sijil penyertaan.
En. Rahmin bin Mahasan sedang menyampaikan ceramahnya.
Forum Kewangan dipengerusikan oleh En. Hussaini bin Hj Ibrahim.
Sunday, April 12
Seminar Integriti Warga Pendidik Daerah Lipis

Seminar Integriti Warga Pendidik Daerah Lipis telah diadakan pada 11 April 2009 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Benta. Seminar yang bermula pukul 8.30 pagi itu telah dihadiri oleh Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan, Kaunselor dan guru-guru agama Islam sekolah-sekolah daerah Lipis. Dianggarkan jumlah peserta yang hadir ialah seramai 300 orang. Seminar yang dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan langkah kerajaan untuk mempertingkatkan tahap integriti rakyat Malaysia. Guru sebagai penyebar maklumat akan bertindak sebagai agen bagi menerap dan mengembangkan budaya integriti terbaik dalam kalangan murid-murid. Semoga dengan penerapan awal ini, kita dapat melahirkan generasi yang berintegriti tinggi.
Tiga orang penceramah telah terlibat dalam seminar ini. Mereka terdiri daripada En. Mohamad Diah ( Pengarah IIM ), En. Abdullah ( Kaunselor PPDJB ) dan Dato Raof ( mantan Timbalan KPPM ). Seminar yang berakhir pada pukul 1.30 petang itu, mendapat sambutan baik daripada para peserta. Rata-rata peserta kursus berpuashati dengan kandungan seminar. Puan Samsiah binti Suradin., PKC., Pegawai Pelajaran Daerah Lipis juga berpuashati dengan perjalanan seminar dan sambutan yang diberikan oleh peserta-peserta seminar.
Monday, April 6
Penilaian Sudut PPDa
En. Fazli dan En. Abd Manaf menilai sudut PPDa SMK Merapoh