Pages

Friday, July 18

Ride ke Kuala Tahan

 

Pada 16 Julai 2025 saya bersama isteri meluangkan masa bercuti ke Taman Negara Kuala Tahan.


Buat pertama kali saya menunggang motosikal ke Kuala Tahan. Isteri memandu kereta mengikuti dari belakang. Perjalanan dari Kuala Lipis ke Kuala Tahan sejauh 127 kilometer mengambil masa lebih kurang 2 jam 15 minit.

Menikmati jamuan ringan sementara menunggu waktu bertolak ke Santuary Kelah.


Menaiki bot ke Santuary Kelah Lubuk Tenor. Pemandangan yang sungguh menarik sepanjang perjalanan menaiki bot. Air yang agak cetek menyebabkan badan bot bergesel dengan batu-batu di dasar sungai.

Memberi makan kepada ikan-ikan kelah di Lubuk Tenor. Besar-besar ikan kelahnya. Mungkin kerana kerap diberi makan oleh pelancong yang datang.




Thursday, July 10

Mengisi Ruang Waktu

Selepas bersara banyak masa terluang. Peringkat awal rasa seronok duduk di rumah berehat-rehat. Namun lama-lama mula terasa jemu dan badan pun kurang cergas seperti waktu bekerja dahulu. Oleh itu, saya cuba mencari aktiviti riadah yang sesuai pada peringkat usia ini. 

Tertarik melihat rakan-rakan guru menjadikan menunggang motorsikal sebagai salah satu aktiviti riadah bagi mengisi ruang waktu, maka saya pun membeli sebuah skuter Yamaha NMAX 155. Setakat ini saya hanya menunggang seorang diri sahaja untuk memahirkan diri.

Aktiviti menunggang pertama saya ialah dari Kuala Lipis ke Gua Musang. Perjalanan sejauh 93 kilometer mengambil masa hampir 2 jam sehala. Untuk pertama kali menunggang ini, memang terasa penat sangat. 

Aktiviti menunggang kedua saya ke Jerantut. Perjalanan cuma 62 kilometer dan hanya mengambil masa sejam untuk sampai. Sempat singgah di Kuala Tembeling untuk bergambar.

Aktiviti menunggang ketiga saya ke Cameron Highlands. Perjalanan hampir 2 jam dengan jaraknya 130 kilometer.

Aktiviti menunggang keempat saya ke Fraser's Hill. Mengambil masa hampir 2 jam lebih dengan jarak perjalanan 97 kilometer.