Pages

Monday, April 28

Sesi Penyerahan Nota Serah Tugas

 

Pada 28 April 2025 (Isnin) telah berlangsung sesi penyerahan Nota Serah Tugas di Pejabat Pendidikan Daerah Lipis antara saya dan Encik Mohamad Hazimi bin Hamidon, Guru Besar baru SK Wan Ibrahim.

Encik Mohamad Hazimi sebelum ini bertugas sebagai Guru Besar di SK Senderut. Beliau akan mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh saya kerana bersara wajib pada 28 Mac 2025 yang lalu.

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan Guru Besar baru ini di SK Wan Ibrahim nanti.

Wednesday, April 23

Majlis Jasamu Dikenang

 

Tanggal 22 April 2025 (Selasa) jam 5.00 petang bertempat di Hotel Lipis Plaza telah diadakan Majlis Jasamu Dikenang anjuran MSS Zon Bandar Lipis.

Majlis ini diadakan bagi meraikan persaraan saya dan beberapa orang Guru Besar lagi iaitu Puan Ammalu (SJKT Kuala Lipis), Puan Chin (SJKC Chung Hwa) dan Puan Zarina Manja (SK Clifford)

Tahniah saya ucapkan kepada Encik Bakri bin Mustaffa, Guru Besar SK Kuala Kenong kerana dipilih sebagai Pengerusi MSS Zon Bandar Lipis bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut apabila saya bersara. Semoga MSS Zon Bandar akan kekal cemerlang dan berdaya saing pada masa-masa akan datang.

Saya dan rakan-rakan yang bersara merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kerana mengadakan majlis ini bagi memperingati sumbangan yang telah kami lakukan untuk MSS Zon Bandar Lipis. Sehingga berjumpa lagi sahabat-sahabat semua.

Monday, April 21

Jemputan Sambutan Hari Raya 2025

 Walaupun sudah bersara, namun masih ada sahabat-sahabat yang mengingati diri ini. Terima kasih kerana menjemput saya ke majlis sambutan hari raya kalian. Semoga persahabatan kita kekal selamanya.


Jemputan Hari Raya Aidilfitri SK Penjom. Terima kasih tuan GB Borhan bin Long dan seluruh warga sekolah.

Terima kasih Cikgu Sazuna Ayu binti Mohd Salleh, GPK Pendidikan Khas dan warga PPKI SK Wan Ibrahim kerana menjemput saya dan Cikgu Muhd Hasbi bin Ibrahim, mantan Guru Besar ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PPKI 2025.

Menghadiri Sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Lanai. Terima kasih GB Rozman dan seluruh warga SK Lanai.

Terima kasih tuan Pengetua, En. Shaharin bin Abdullah atas jemputan ke Sambutan Hari Raya Aidilfitri SMK Setiawangsa 2025.

Terima kasih GB Rohadi bin Kamaludin atas jemputan Sambutan Aidilfitri SK Felda Sungai Koyan.

Memenuhi jemputan GB Nazabadi bin Mohamad ke Sambutan Aidilfitri SK Kerambit.

Terima kasih sahabatku Kamal Johan, Guru Besar SK Kuala Lanar atas jemputan ke Sambutan Aidilfitri SKALA.

Hadir ke Sambutan Aidilfitri SK Clifford. Terima kasih GB Zarina binti Manja.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri JPKK Kampung Redan. Bersama dengan Tuan PPD Lipis, Encik Amin Nollah bin Lateh.

Sambutan Aidilfitri SMK Panglima Garang Abdul Samad. Terima kasih Tuan Pengetua, Encik Taufeek.

23/4/2025 (Rabu) - Menghadiri Sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Lubuk Kulit. Terima kasih Puan GB Halimatun binti Hashim atas ingatan dan jemputan.

23/4/2025 (Rabu) - Terima kasih GB Shawaluddin bin Abu atas jemputan ke Sambutan Hari Raya Aidil fitri SK Kuala Medang.

Penutup Syawal 28 April 2025, jemputan Sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Kampung Keledek. Terima kasih Puan GB Arba'yah binti Shaari atas ingatan dan jemputan kepada saya.

Majlis Persaraanku

 

Pada 9 April 2025 (Rabu) telah diadakan Majlis Setulus Hati Selaut Kasih sempena persaraan saya.

Terima kasih kepada semua GPK dan warga SK Wan Ibrahim kerana sudi menganjurkan majlis ini walaupun sudah 13 hari saya bersara. Terima juga kepada En. Amin Nollah bin Lateh (Tuan PPD Lipis), En. Borhan bin Long (Pengerusi PGBM Lipis merangkap Pengerusi PGBM Pahang), rakan-rakan pengetua, rakan-rakan Guru Besar dan semua jemputan yang sudi hadir memeriahkan majlis persaraan saya ini.

'Glamourous Night' jamuan makan malam di Nadi Seroja Kuala Lipis sempena meraikan persaraanku yang dianjurkan oleh Kelab Guru dan Staf SK Wan Ibrahim. Setinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapan kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa atas usaha yang diambil bagi mengadakan majlis ini. Semoga menjadi kenangan terindah buat kita semua.

Sunday, April 20

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025

 

Video hari raya bersama guru-guru lelaki SK Wan Ibrahim. Barangkali ini rakaman video terakhir saya bersama mereka sebelum bersara pada 28 Mac 2025.

Aidilfitri tahun ini, saya bersama isteri serta anak-anak pulang beraya di kampung saya, Kampung Pelubang mukim Bukit Tinggi, Kedah. Walaupun emak serta ayah sudah tiada, namun saya tetap balik ke kampung bila ada peluang untuk menemui kakak-kakak, abang serta adik.

Majlis Pra Persaraan

 


Pada 27 Mac 2025 (Khamis) telah diadakan majlis pra persaraan untuk saya. Pada 28 Mac 2025 akan bermula persaraan saya pada usia 58 tahun. Terima kasih kepada semua Guru Penolong Kanan, guru-guru serta warga sekolah atas inisiatif mengadakan majlis ini. saya sungguh terharu atas komitmen yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat terutama Pengerusi dan Jawatankuasa Kelab Staf SK Wan Ibrahim.

Ramadan 2025

 

Hujung minggu pertama Ramadan 2025 turun ke Kuala Lumpur untuk shopping baju raya dan berbuka puasa bersama dua orang anakanda saya, Ikhwan Hariz dan Ruzaini Imran.

Hujung minggu kedua pula, bawa orang rumah berbuka puasa di Cameroon Highlands. 

Bersama Program Iftar Ramadan 2025 anjuran Kelab Staf dan Panitia Pendidikan Islam SK Wan Ibrahim.

PPKI SK Wan Ibrahim juga turut mengadakan majlis iftar dengan kerjasama Jawatankuasa Permuafakatan yang terdiri daripada ibu bapa murid-murid PPKI. Tetamu istimewa majlis ini ialah En. Mohd Bi bin Samsuri, mantan GPK Pendidikan Khas SK Wan Ibrahim yang juga mantan Guru Besar SK Jerangsang. Semoga Allah SWT memberi kesihatan yang baik kepada beliau.