Pages

Tuesday, April 21

Merungkai rindu sahabat

Salam untuk semua,

Malam semalam (April 20), pertukaran teman balik ke sekolah telah diraikan oleh sahabat-sahabat Penolong PPD Menengah dari semua daerah di negeri Pahang. Majlis diadakan di Restoran Pit Stop Sri Timur, Raub. Selain teman, majlis ini juga diadakan bagi meraikan Tn. Haji Azmi, Penolong PPD Menengah Rompin (baju belang kanan) yang telah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan PPD Rompin.

Turut hadir pada malam ini ialah En. Nor Ahmad bin Abd Rahim, Ketua Penolong Pengarah (baju merah jambu tengah) dan En. Shukree bin Doya, Timbalan PPD Raub (baju hitam kiri)

Sahabat-sahabat teman Ahmad Faizal (PPD Bera), Zulkifli (PPD Temerloh) dan Mohd Adha (PPD Cameron Highland)

Mohd Bakri (PPD Maran), Kamarudin (yang menggantikan tempat teman di PPD Lipis) dan Kamaruzaman (PPD Pekan).

Menerima cenderamata kenang-kenangan daripada Haji Amirullah, Pengerusi Kelab PPPDM Pahang. Terima kasih semua...semoga pertukaran teman ke sekolah ini tidak akan menjarakkan hubungan kita. sesungguhnya yang penting bukan majlis atau kelazatan jamuan pada malam ini tetapi nikmat bertemu dengan sahabat-sahabat lama yang mengujakan teman. Pertemuan sesingkat ini telah meleraikan rindu teman pada kalian semua.

Sunday, April 19

Mesyuarat Agung MGB Pahang Kali Ke-28

Salam untuk semua,


Jumaat baru-baru ni, teman mewakili MGB Lipis ke Mesyuarat Agung Majlis Guru Besar Pahang Kali Ke-28 yang diadakan di Hotel Megaview Kuantan.

Malam sebelum mesyuarat telah diadakan Majlis Makan Malam sempena meraikan mantan YDP MGB dan barisan Exco yang telah bersara. Bersama sahabat teman En. Shawaludin Abu, Guru Besar SK Kampung Raja, Cameroon Highlands.

Wakil wanita dari daerah Lipis, Guru Besar SK Kampung Keledek, SK Batu 13 dan SK Tempoyang.

Perwakilan Lipis dari kanan, En. Ramli ( GB SK Aur Gading), En. Hasami (GB SK Wan Ibrahim) dan En. Borhan (GB SK Jeram Landak)

Mesyuarat bermula jam 8.30 pagi pada hari Sabtu 18 April 2015.

Pengalaman pertama bagi teman menghadiri mesyuarat besar kepimpinan sekolah rendah. Abang Ramli sebelah macam mengantuk je...

En. Muhd Hasbi (GB SK Berchang) dua dari kanan, telah dilantik sebagai bendahari MGB Pahang.

Mesyuarat telah dirasmikan oleh En. Rusdi Ismail, Pengarah Pendidikan Pahang. Turut hadir En. Dzulkifli Nordin, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JP Pahang. Berada di tengah tu Dato' Mohd Sabri bin Mohamed Arshad, YDP MGB Pahang.

Thursday, April 16

Taklimat Pengurusan PPD Lipis 2015

Salam untuk semua,

Pada 14 hingga 16 April 2015, teman telah menghadiri Taklimat Pengurusan PPD Lipis di KL International Hotel, Kuala Lumpur.

Semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah daerah Lipis terlibat dalam taklimat ini. (Gambar : En. Riduan, GB SK Lanai bersama En. Mohd Nor Wagino, GB SK Tanjung Gahai)

Tugasan berkumpulan.

Kumpulan 'otai masih berbisa'

Pn. Rosimawati, SIP+ bertindak sebagai fasilitator memberi tunjuk ajar kepada kumpulan perbengkelan.

Lepas berbincang dalam kumpulan, kenalah bentang pula.

Haji Misnan bin Haji Mohd Damin, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis sedang menyampaikan amanat-amanat beliau kepada semua Pengetua dan Guru Besar.

Selamat hari lahir kepada Guru Besar SJKC Benta, SJKT Ladang Selborne, SK Tempoyang dan En. Danial. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Pn. Devi Masran, Guru Besar SK Lubuk Kulit sedang menyampaikan ceramah 'Amalan terbaik kepimpinan (ProD)'

Tuan PPD sedang menyampaikan cenderamata kepada En. Kumarasamy, Guru Besar SJKT Ladang Selborne selepas beliau membentangkan kertas kerja bertajuk 'Projek Y'.


En. Wan Tarmizi, Penolong Pengarah Data Guru JPN Pahang sedang menyampaikan taklimat berkaitan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).

En. Shahrom Othman, Ketua Unit SPK menyampaikan taklimat berkaitan pengurusan kokurikulum.

Alhamdulillah...banyak ilmu yang telah teman perolehi sepanjang 3 hari 2 malam mengikuti taklimat ini. Semoga semua ilmu yang telah diperolehi ini dapat diimplimentasikan di sekolah.

Friday, April 10

Kursus Protokol dan Etiket Sosial

Salam untuk semua,

Pada 7 hingga 9 April yang lalu teman telah mengikuti Kursus Protokol dan Etiket Sosial yang diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah Lipis, Kursus ini dianjurkan oleh Institut Aminuddin Baki. Senarai 3 orang pensyarah IAB terlibat iaitu Puan Faridah binti Mohamed (Pengurus Kursus), En. Mat Zizi bin Ismail (Pengurus Bersama) dan Pn. Maznah bin Abdullah. Kalau tak silap teman, jumlah peserta lebih kurang 42 orang, terdiri daripada Pengetua, Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan staf PPD Lipis.

Penceramah sedang mengendalikan sesi praktikal 'masuk dan turun kenderaan bagi tetamu VIP'. Baru tau, nak masuk kereta pun ada caranya, bukan main masuk je...

Sahabat-sahabat teman semasa bertugas di PPD Lipis, En. Hussaini, Pn. Farina dan Pn. Sabreena sedang membuat latihan praktikal 'Guru Penolong Kanan memperkenalkan guru baharu kepada Guru Besar'. Haha...pandai anda semua berlakon.

Latihan praktikal etiket di meja makan. Hai...kerap benor teman diminta menjadi model untuk kursus ni. Untuk etiket di meja makan ni, teman berlakon sebagai Timbalan Menteri Pendidikan, sebelah kanan tu Pengarah Pendidikan Negeri dan sebelah kiri pula Pegawai Pendidikan Daerah. Haha...merasa teman dilayan sebagai VVIP.

Menu untuk latihan etiket di meja makan ni, sedap-sedap belaka tetapi sayang, teman tak dapat makan dengan selesa. Semua nak kena control. Sudu tak boleh berbunyi, suap makanan mesti bersopan, ambil makanan di hadapan sahaja...aduhai seksanya. Sahabat teman 'Pengarah Pendidikan Negeri' dah fail awal-awal lagi...salah ambil air. Pastikan ambil air gelas sebelah kanan ye...Dato'.

En. Hazimin (Penolong PPD Bahasa) dan En. Aziz (Pengetua SMK Padang Tengku) sedang diberi tunjuk ajar oleh En. Mat Zizi cara-cara menjadi Pegawai Pengiring (Liaison Officer - LO). Mengikut penceramah, LO mesti sama tinggi dengan tetamu VIP. Sekiranya lebih tinggi daripada tetamu VIP, nanti nampak macam bodyguard...nampaknya teman (6'2") hanya boleh jadi LO untuk Presiden Barack Obama je (6'4").

Kursus 3 hari sudah berada di penghujungnya. Terima kasih kepada semua pensyarah daripada Institut Aminuddin Baki, Puan Faridah binti Mohamed, Encik Mat Zizi bin Ismail dan Puan Maznah binti Abdullah.

Terima kasih En. Mat Zizi, bekas GPK Pentadbiran SMK Padang Tengku. Dah 6 tahun bertugas di IAB.

Semoga masih sudi untuk datang ke Lipis pada masa-masa akan datang.

Selaku 'Penghulu Kursus' teman ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus 3 hari ini. Terima kasih kepada Tuan Pegawai Pendidikan Daerah serta semua staf Pejabat Pendidikan Daerah Lipis di atas penganjuran kursus ini. Di sini juga teman nak ucapkan setinggi terima kasih kepada 'Penghuluwati' Puan Faridah binti Jamin (Pengetua SMK Panglima Garang Abdul Samad) kerana bersusah payah menyediakan cenderamata kepada semua penceramah, Puan Marziah binti Ali (GPK Pentadbiran SK Benta) yang dilantik menjadi bendahari, Cik Wan Fauzilah (GPK Pentadbiran SMK Clifford) yang terpaksa berdebar-debar menjadi juruacara bagi majlis penutup (sempat juga dia berpantun tu), En. Zamree (GPK Pentadbiran SK Betau) yang hampir tergamam bila diminta membaca doa dan semua peserta yang menerima arahan tanpa banyak bicara terutama apabila diminta mencatat buku log kursus..

Ok...Arigato gozaimasu

Friday, April 3

Kursus Perasa di AMSAS Kuantan

Salam buat semua...
31 Mac hingga 2 April baru-baru ni, teman dikehendaki menghadiri Kursus Perasa (Pembimbing Rakan Sekerja) Pengetua dan Guru Besar Baharu Peringkat Negeri Pahang 2015 di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kuantan. Kalau tak silap teman, jumlah peserta kursus lebih kurang 42 orang.

Bersama sahabat teman, En. Shawaluddin Abu, Guru Besar SK Kampung Raja, Cameroon Highlands. Dulu beliau sama-sama bertugas dengan teman di PPD Lipis.

Tugasan pertama kami dalam kursus ini ialah membina kumpulan. Cari nama, logo dan moto kumpulan. Sticker berwarna-warni kat tepi tu, kami terpaksa mencari di sekeliling tempat kursus ini...ada markah tu.

Ahli kumpulan SEMPOI...dari kiri, Rofizan (Pengetua SMK Shahbandar Raub), Rosli, Amir, Abu Kasim, Chang (Pengetua SMK Sungai Ruan), Juwita (Pengetua SMK Bageng), Munawarah dan teman.

Salah satu aktiviti sepanjang kursus ini ialah melaksanakan tugasan kebajikan.

Kumpulan kami memilih untuk menziarahi rumah warga emas yang miskin di Pantai Sepat, Kuantan. Kebetulan salah seorang daripada ahli kumpulan kami kenal warga emas ini.

Nama warga emas ini ialah Maimunah tetapi beliau lebih dikenali sebagai Tok Konek (haha..lain macam je). Umurnya sudah menjangkau 95 tahun. Namun kelihatan masih sihat dan daya ingatannya juga baik. Beliau tinggal seorang diri sahaja di rumah ini. Dianugerahkan 6 orang anak tetapi empat daripadanya telah meninggal dunia. Kami memberi sedikit keperluan dapur serta wang belanja kepada beliau.

Singgah warung GOPIS di Tanjung Lumpur pekena goreng pisang cheese.

Hari terakhir kursus...menerima sijil penyertaan daripada Tuan Haji Karim, Ketua Sektor Jaminan Kualiti, JPN Pahang.

Ok...Arigato gozaimasu