Pages

Sunday, August 31

Ogos : catatan yang tertinggal

Salam untuk semua, 

Majlis meraikan pertukaran En. Rosli bin Abdul Mubin, Timbalan PPD Lipis yang dinaikkan pangkat menjadi Ketua Sektor Pendidikan Khas & Swasta di Jabatan Pendidikan Pahang dan En. Zakaria bin Samah, Penyelia Kanan Sekolah Rendah yang bertukar ke jawatan yang sama di Pejabat Pendidikan Daerah Raub.

Tahniah kepada En. Rosli kerana diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar di JPN dan tahniah juga buat sahabat teman En. Zakaria kerana dapat bertukar ke daerah sendiri. Semoga terus cemerlang di lokasi yang baharu.

Dari 11 hingga 14 Ogos 2014, teman bersama En. Khairul Azli (Penyelia ICT) dikehendaki menghadiri Taklimat Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) di Hotel Holiday Villa, Kota Bharu. Tugas berat menanti kami selepas ini. Selain dikehendaki memberi taklimat di peringkat daerah, kami juga merupakan personel yang bertanggungjawab memastikan PBPPP ini dilaksanakan 100 peratus di daerah Lipis.

Pada 18 Ogos 2014, teman mewakili Tuan PPD ke Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Jabatan Pendidikan Pahang. Majlis diadakan di perkarangan JPN Pahang, Bandar Indera Mahkota, Kuantan

Pada 10 hingga 12 Ogos 2014 telah berlangsung Program Pembugaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Pejabat Pendidikan Daerah Lipis. Program ini di adakan di Hotel Plaza Kuala Lumpur. Sayang sekali teman tidak dapat hadir dalam program ini kerana terpaksa ke Kota Bharu. Terima kasih kepada sahabat teman Tuan Haji Zulfakhri, kerana dapat menguruskan pakej ini dengan baik.

Pada 12 hingga 14 Ogos pula, berlangsung program yang sama di Hotel Regency Kuala Lumpur untuk Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Ada permintaan untuk mengadakan program yang sama kepada GPK Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Emm...kita tengok budget macam mana nanti.

27 Ogos 2014, bertempat di IPG Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis berlangsung Karnival Prasekolah Peringkat Daerah Lipis. Majlis perasmian disempurnakan oleh Dato' Abu Jimi yang mewakili Ahli Parlimen Lipis, Dato' Haji Abdul Rahman Mohamad. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan karnival ini.

Pada 28 Ogos 2014 (Khamis) teman menghadiri Mesyuarat Verifikasi Data eOperasi yang diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah Rompin. Orang kata kalau datang Rompin tak pekena udang galah tak sah! Emm...ada ke rezeki ni?

Alhamdulillah...dapat juga makan udang galah kat Restoran Udang Galah LC. Harganya memanglah mahal sedikit RM35 sekilo...benda susah nak dapat. Kongsi beramai-ramai tak terasa sangat.

Tahniah kepada En. Hami Fazli bin Khamis (baju kuning) di atas pelantikan sebagai Guru Besar SK Titom yang baharu. Harapan yang menggunung disandarkan kepada anda untuk membawa perubahan kepada status pencapaian murid-murid sekolah tersebut. Berilah hak yang sepatutnya kepada murid-murid di sekolah pedalaman ini untuk mendapat pendidikan terbaik daripada anda dan guru-guru.

Majlis memperkenalkan Guru Besar baharu SK Titom. Terima kasih Pn. Rosimawati, SIP+ Pejabat Pendidikan Daerah Lipis kerana telah mewakili Unit Pengurusan Sekolah membawa masuk En. Hami Fazli untuk diperkenalkan kepada warga SK Titom. 

Semoga gandingan antara En. Hami Fazli (Guru Besar) dan En. Mohd Ma'arof (GPK Pentadbiran) mampu membawa keluar SK Titom dari Band 7. Insyaallah...setiap usaha ikhlas pasti ada ganjarannya. Berat mata memandang, tentu lebih berat bahu yang memikul. Selamat berjuang wahai pemimpin muda!

Selamat bersara kepada En. Zainal bin Kamarudin, Guru Besar SK Relong. 28 Ogos 2014 adalah tarikh akhir beliau berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Semoga terus sihat dan dimurahkan rezeki dalam melewati hari-hari persaraan (En. Zainal mesti teringat waktu bersanding dahulu..)

Kesempatan meraikan Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini, teman sekeluarga mengunjungi abah dan mak angkat teman di Kampung Banjir Penjom. Dua insan yang banyak membantu teman saat bergelandangan di daerah terasing ini. Mak angkat nampaknya masih sihat dan cergas tetapi abah angkat teman nampaknya semakin merosot tahap kesihatan beliau. Dahulu selepas tamat berkhidmat sebagai anggota tentera, beliau melakukan kerja-kerja kampung. Sungguh rajin dan tak pernah duduk diam. Setiap kali mengunjungi rumah beliau, pasti ada sahaja kerja yang sedang dibuat oleh beliau. Namun, selepas diserang 'stroke' beliau terus terdampar...lemah. Itulah kitaran dunia, kita tidak mampu menelah kesudahan cerita kita. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Semoga abah dan mak angkat terus sihat dan dipanjangkan umur.

Dua lagi individu yang banyak menolong teman sekeluarga...Pak Dak Mail dan Mak Dak Mah. Mereka berdua inilah yang menjaga anak-anak teman sewaktu kecil dahulu. Hanya Allah sahaja mampu membalas jasa serta kepayahan yang mereka berdua alami dalam menjaga serta mengasuh anak-anak teman. Semoga kedua-dua puteraku Ikhwan Hariz dan Ruzaini Imran membesar menjadi insan yang cemerlang.

Cuti hujung minggu baru-baru ini, teman sekeluarga mengambil kesempatan berehat di Cameroon Highlands. Banyak kali dah datang Cameroon, so tak ada perkara istimewa yang teman nak kongsikan. Mungkin lawatan ke ladang anggur ini yang lain sedikit kut. Ladang anggur ini terletak di Bertam Valley, kalau dari Lipis letaknya di sebelah kanan dan kalau dari Ringlet letaknya di sebelah kiri. Oleh kerana tidak dapat dilihat dari jalan utama dan tiada signboard untuk memaklumkan kewujudan ladang ini, maka sukarlah untuk menentukan lokasinya. Teman yang dah pergi dua tiga kali pun boleh terlepas. Cara paling mudah, perhatikan nombor pada tiang elektrik sepanjang jalan utama tersebut. Lokasi ladang tersebut terletak pada tiang elektrik bernombor UJ 611. Parking kereta kat tepi jalan utama, kemudian jalan kaki ke ladang tersebut. Bertanyalah pekerja-pekerja 'Bangla' yang ada kat situ untuk mengetahui lokasi yang tepat. Anggurnya boleh dibeli dengan harga RM18 sekilo.

Saturday, August 23

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Warga Pendidikan Daerah Lipis 2014

Salam untuk semua,

Alhamdulillah, walaupun tahun ini Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Warga Pendidikan daerah Lipis diadakan pada hari Sabtu, namun sambutan tetap memberangsangkan. Terima kasih kepada Encik Rosli Abdul Mubin, Ketua Sektor Pendidikan Khas & Swasta Jabatan Pendidikan Pahang kerana sudi hadir. Terima kasih juga buat Dr. Anuar Ralid, Pengarah Kolej Komuniti Kuala Lipis.

 Tetamu VIP yang mula-mula sekali hadir, Dato' Dr. Shahrom bin Othman, mantan Ahli Parlimen Lipis.

Terima kasih kepada Dato' Mustafa Long, ADUN Padang Tengku kerana sudi hadir walaupun sibuk menghadiri Persidangan Agung UMNO Bahagian Lipis. Terima kasih kepada kekanda Ibrahim Aziz (mantan Penyelia Kanan Sekolah Rendah PPD Lipis) dan bapa Edrin (Pengurus JResources).

Woman in purple...peramu saji vip. Terima kasih kerana bertindak cekap melayani para tetamu kita.

Terima kasih kepada semua yang hadir.

Tuan PPD menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Terima kasih kepada semua sekolah yang terlibat menyumbangkan menu sempena sambutan hari raya pada tahun ini.

Ayam golek sumbangan SMK Padang Tengku dan SMK Kuala Lanar.

Mee & koew teow goreng sumbangan Majlis Guru Besar (MGB) Lipis.

Tahun depan kena tambah seekor lagilah kambing ni. Ramai sangat penggemarnya.

Hai cik kak semua, sedap sangatkah sup 'gear box' Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah (PEKDIS) Daerah Lipis tu? Emm...Ustaz Ismail masak mestilah sedap.

Tuan PPD nak merasa char koew teow sumbangan sekolah-sekolah orang asli daerah Lipis.

Kesukaan anak-anak, ais kacang dan cendol. Sumbangan KEPTAN (Kesatuan Pembantu Tadbir Dan Pembantu Tadbir Rendah Daerah Lipis)

Hebat Encik Shawal...boleh masuk pertandingan 'Kilauan Emas' ni.

Guru Besar SK (Felda) Sungai Koyan, Encik Zainal Fetri rupanya berbakat juga. First time tengok beliau menyanyi. Biasanya Cikgu Malek Kuala Medang je yang master bahagian ni.

Puan zarina pun take part juga. Mana boleh biar Encik Shawal je yang tunjuk belang. Apa-apa pun nyanyian anda berdua memang best.

TERIMA KASIH untuk semua yang terlibat menjayakan majlis Sambutan Hari Raya Warga Pendidikan Daerah Lipis ini. Sesungguhnya hanya Allah yang dapat membalas budi baik anda semua.

Friday, August 8

Minum pagi bersama YB Dato' Mustafa Long

Salam untuk semua,

4 Ogos 2014, YB Dato' Mustafa Long, ADUN Padang Tengku telah berkunjung ke Pejabat Pendidikan Daerah Lipis untuk program minum pagi bersama staff PPD Lipis.

YB Dato' Mus menyampaikan ucapan ringkas kepada semua staff PPD Lipis.

Dalam ucapan YB Dato' Mus, beliau berharap warga pendidikan selaku kakitangan kerajaan dapat menjadi mata dan telinga kerajaan. Mendengar keluhan serta ketidakpuasan hati orang-ramai untuk dimaklumkan kepada Wakil Rakyat. Warga pendidik juga hendaklah menjadi penyampai yang bagus terhadap dasar-dasar kerajaan. Ini bagi memastikan orang-ramai tidak mendapat maklumat yang salah daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dalam program pagi ini, Dato' Mus mengambil kesempatan menyampaikan sumbangan untuk Program Kecemerlangan Pendidikan Zon Merapoh. Terima kasih Dato'.

Petang 4 Ogos, semua Pegawai dan Penyelia PPD Lipis dikehendaki menghadiri Program Pembugaran PPPM dan Bengkel Pendidikan Abad 21 di Capitol Hotel Kuala Lumpur. Seramai 5 orang AKS juga turut terlibat.

Bagi meningkatkan pemahaman terhadap pelaksanaan PPPM, program pembugaran ini dibuat dalam bentuk perbengkelan. Semua yang terlibat dalam program ini dibahagikan kepada 7 kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki membincangkan tajuk yang telah ditetapkan. Kumpulan teman dapat tajuk "Aspirasi Sistem".

Kumpulan 3 yang kehilangan teraju apabila En. Rokeman dan beberapa orang pegawai akademik tidak dapat hadir. Nasib baik Dr Ting ada, bolehlah beliau mengambil alih tugas tersebut.

Lepas berbengkel, kenalah bentang. Tahan telinga jelah kalau ada komen berapi. Nasib baik untuk kumpulan teman bos tak komen apa-apa, cuma memberi beberapa penambahbaikan.

Amboi, berselera nampak! Bulan puasa hari tu, berat badan turun 3 kilo. Lepas puasa ni, dah naik 5 kilo pulak. Emm...tak tercapai objektif nak kurangkan obesiti.

Saf kepimpinan di Pejabat Pendidikan Daerah Lipis. Insyaallah...kita bergerak sederap saling bahu-membahu melaksanakan transformasi pendidikan daerah. "LIPIS JAUH KE DEPAN"