Bermula semalam, semua Penolong PPD Pengurusan Sekolah Menengah negeri Pahang dikehendaki berada di PPD Kuantan untuk membuat penyemakan akhir terhadap data e-Operasi. Tujuan perjumpaan ini ialah untuk membetulkan data-data yang tersilap isi atau terlupa untuk diisi oleh pihak sekolah. Emm...banyak juga ralat yang terpaksa teman betulkan.
En. Nor Ahmad, Ketua Penolong Pengarah yang baharu menggantikan Dr. Haji Tajuddin, buat pertama kalinya mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Sekolah Menengah.
Pada sebelah malamnya telah diadakan majlis bagi meraikan sahabat-sahabat yang telah dinaikkan pangkat. Antara yang diraikan ialah Dr. Haji Tajuddin, mantan KPP Sektor Pengurusan Sekolah yang dilantik menjadi Pengetua SMK Bukit Sagu, En. Rosli Mubin, Penolong PPD Menengah Jerantut yang dinaikkan pangkat menjadi Timbalan PPD Lipis, En. Mohamed Bakar, Penolong PPD Kuantan dilantik sebagai Timbalan PPD Kuantan dan En. Ahmad Shukree Doya, Penolong PPD Menengah Raub dilantik sebagai Timbalan PPD Cameroon Highlands.
Tuan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, En. Wan Abd Hamid bin Wan Mohamad sedang menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada sahabat-sahabat yang diraikan. Tahniah kepada semua sahabat yang telah dinaikkan pangkat. Semoga anda semua dapat melaksanakan tugas yang diamanah itu dengan sebaik mungkin.
Petang tadi telah diadakan aktiviti riadah iaitu pertandingan bowling. Bila dah pening-pening menengok data, molek la release tension sikit. Kali nie teman kurang bernasib baik, hanya mampu berada di tempat ke-10 je.
Minggu lepas, bermula dari 19 hingga 22 Mac 2013, teman berada di Hotel MS Garden, Kuantan kerana menghadiri Mesyuarat Pemurnian Modul TNA Pemimpin Sekolah Berkeperluan Khusus. Teman telah ditempat dalam kelompok Sekolah Orang Asli. Bersama dalam kumpulan teman ialah En. Suhaimi (dari BPSH), En. Jamil (dari IAB) dan En. Akib bin Huat (Guru Besar SK Tasik Chini). Teman respect betul kat En. Akib, sekolah dia dah dua tahun berturut-turut dapat 'New Deal'. Kalau sekolah asli di Lipis dapat mencontohi SK Tasik Chini nie, pasti keputusan UPSR daerah Lipis akan berbeza daripada sekarang.
Ucapan tahniah dan selamat datang buat En. Rosli bin Mubin, Penolong PPD Pengurusan Sekolah Menengah Jerantut yang telah dilantik sebagai Timbalan PPD Lipis. Semoga dengan kehadiran tuan dapat memantapkan tenaga kerja PPD Lipis. Ketika menjawat jawatan Penolong PPD Menengah, En. Rosli merupakan tempat untuk kami pegawai-pegawai yang baru dilantik ini membuat rujukan.