Pages

Friday, September 26

Selamat pagi Kuala Lumpur

Salam buat semua,


Selamat pagi Kuala Lumpur...dari kamar 2211, Dynasty Hotel. Terima kasih Tuhan, kerana masih memberi peluang untuk aku terus hidup. Menikmati keindahan alam ciptaanMu ini.

...dan dia ditakdirkan untuk pergi...selama-lamanya. Al-Fatihah untuk sahabatku Cikgu Mohd Yusof bin Ibrahim yang telah kembali kerakmatullah pada 25 September 2014. Beliau pernah bertugas sebagai Penyelia Sekolah Rendah PPD Lipis sebelum bertukar ke SK Wan Ibrahim. Pada usia muda 46 tahun, beliau meninggalkan isteri dan anak-anak yang masih kecil...Tuhanku, berilah kekuatan dan kesabaran kepada mereka dalam menempuhi hari-hari tanpa suami dan bapa ini...

Pada 24 hingga 26 September 2014, teman menghadiri Taklimat Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Pahang di Dynasty Hotel, Kuala Lumpur.

Inilah pemimpin-pemimpin pelapis negeri Pahang. Semoga program tiga hari dua malam di Hotel Dynasty ini dapat mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam melaksanakan kerja buat masing-masing.

Sambutan Hari Malaysia Peringkat Daerah Lipis 16 September 2014 di Dewan Jubli Perak SHAS Kuala Lipis.

Emm...tak ramai yang hadir. Cuti-cuti ni tentu banyak program keluarga nak dibuat. Dato' Mustafa Long, ADUN Padang Tengku selaku perasmi program ini, mencadangkan tahun depan 16 September tak cuti sebaliknya cuti diberi pada 17 September. Semoga dengan cara ini, ramai yang akan hadir. Rasanya kena usul dalam Parlimen tu...

Bertemu sahabat lama, Mohd Razali ketika  menghadiri mesyuarat di KPM, Putrajaya. Kami sama-sama menuntut di UPSI, Tanjung Malim pada tahun 2003 hingga 2005. Beliau kini bertugas di PPD Kota Tinggi, Johor.

Pada 18 September 2014 berlangsung Program Taklimat Professional Learning Communities (PLC) di Pejabat Pendidikan Daerah Lipis. Turut serta mendengar taklimat ini ialah pegawai-pegawai akademik Pejabat Pendidikan Cameron Highlands.

Terima kasih tuan penceramah (Pensyarah IPG Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis)

Menemani En. Nor Ahmad bin Abdul Rahim, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah ke Sekolah Indera Shahbandar Pahang, SMK Clifford untuk program Cakna UPSR pada 8 September 2014.

Tuan KPP sedang menyampaikan peralatan dan alatulis kepada pelajar-pelajar SISP untuk digunakan semasa peperiksaan UPSR.

Hadir memberi sokongan kepada fasilitator Kem UPSR Sekolah-Sekolah Band 7 Daerah Lipis di Jeram Bechung, Kuala Medang pada 5 September 2014. Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

Updated September 27

Pagi tadi teman menghadiri Pertandingan Kalam Jama'i Peringkat Negeri Pahang 2014 di Dewan SMK Clifford.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Tuan KPP Sektor Pendidikan Islam, Ustaz Ishak.

Malam tadi teman menghadiri Jamuan Makan Malam sempena Sambutan Jubli Emas SMK  Orang Kaya Haji.

Tahniah kepada Pengetua, Tuan Haji Syed Mohamed bin Syed Agil serta semua warga SMK Orang Kays Haji di atas usaha bersungguh-sungguh menjayakan program Sambutan Jubli Emas (50 tahun) ini.

Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan, telah ramai kapal karam di dalamnya. Andai muatan kita adalah iman dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.