Pages

Thursday, September 24

PROGRAM ZIARAH CAKNA PMR

Program ini dilaksanakan setiap kali menjelang peperiksaan PMR. Pegawai-Pegawai dari PPD Lipis akan membuat lawatan ke sekolah-sekolah yang mempunyai calon PMR. Tujuan program ini bukan bertujuan untuk memantau P&P tetapi lebih kepada usaha untuk bertanya khabar dan meninjau persiapan akhir pihak sekolah untuk menghadapi peperiksaan. Lawatan ini juga sebagai menggambarkan keprihatinan pihak PPD Lipis yang ingin melihat setiap sekolah mencapai keputusan cemerlang dalam PMR dan seterusnya melonjak kedudukan pencapaian daerah ke tahap yang lebih baik.


Tuesday, September 15

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Semua pegawai dan staf PPD Lipis mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh warga pendidik di daerah Lipis. Semoga hari raya tahun ini akan disambut dengan meriah serta memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas limpah rezekinya. Bagi yang balik beraya di kampung, selamat bertemu dengan keluarga tersayang dan memandulah dengan berhati-hati.

MAJLIS BERBUKA PUASA

Kelab Staf PPD Lipis telah menganjurkan majlis berbuka puasa pada 15 September 2009, bertempat di kantin SK Clifford. Majlis tersebut turut dihadiri Puan Samsiah binti Hj. Suradin, PPD Lipis serta suami. Semua staf dan ahli keluarga masing-masing telah berkumpul sejak pukul 6.30 petang lagi bagi beramah mesra serta berkenal-kenalan sementara menunggu waktu berbuka. Majlis seumpama ini diharapkan dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim di kalangan staf-staf PPD lipis.


Pn. Samsiah (PPD Lipis) dan suami
En. Hamdan - Timbalan PPD Lipis

En. Rokeman - Ketua Unit Akademik

En. Izhar dan keluarga

En. Hasbullah - Penolong Akauntan

En. Rahmin, En. Jasma dan En. Azman

Mengambil juadah untuk berbuka







BENGKEL MOTIVASI

Pada 11 hingga 13 September 2009, Pejabat Pelajaran Daerah Lipis telah mengadakan Bengkel Motivasi dan Kaunseling di Hotel Sri Malaysia, Kuantan. Bengkel ini telah dihadiri seramai 39 orang pegawai dan staf PPD Lipis. Pn. Samsiah binti Hj Suradin, PPD Lipis dan En. Hamdan bin Harun, Timbalan PPD Lipis turut juga hadir dalam bengkel tersebut. Bengkel yang diterajui oleh Tuan haji Md Noor bin Saad dari PPD Rompin dengan dibantu oleh En. Rosdan bin Nordin, Pegawai kaunseling PPD Lipis memberi penekanan kepada membina semangat berpasukan bagi mewujudkan sebuah organisasi yang mantap dan saling membantu.
Tuan PPD dalam ucapan penutupan bengkel, mengharapkan bengkel selama 2 hari itu, dapat membina semangat berpasukan yang utuh dalam kalangan pegawai dan staf di PPD Lipis. Semoga dengan hubungan mesra dan saling membantu itu, PPD Lipis dapat memantapkan pengurusan dan seterusnya dapat menggembeling seluruh tenaga pendidik di daerah Lipis bagi mencapai keputusan yang terbaik pada masa depan.

Pn. Samsiah binti Hj. Suradin, PPD Lipis menyampaikan ucapan penutupan

Tuan Haji Mohd Nor bin Saad, fasilitator bengkel

Acara "ice breaking"

Peserta Bengkel yang hadir

Menyanyi lagu "Masihkah kau ingat" sambil bergandingan tangan

En. Hamdan bin Harun, Timbalan PPD turut mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang dijalankan

Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan