Dah lama saya tak update blog ini. Bukan kekurangan bahan atau idea, cuma masa yang agak kurang mengizinkan. Jawatan baru yang saya pegang ini betul-betul meragut separuh masa senggang saya. Mendekati cuti akhir persekolahan ini makin bertambah-tambah tugas yang terpaksa saya bereskan. Bermula dengan pengisian permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh secara online dan kemudian disusuli pula dengan proses penempatan pelajar tahun 6 ke tingkatan 1 di sekolah-sekolah menengah daerah Lipis bagi sesi persekolahan 2012. Semalam saya baru pulang dari Kuala Terengganu menghadiri mesyuarat pertukaran guru. 3 hari kat sana, macam nak pecah kepala...stress memanjang. Minggu depan akan bermula pula siri jelajah ke sekolah-sekolah untuk ujian kelayakan kemasukan ke Sekolah Indera Shahbandar Pahang (SISP). Ujian ini akan diadakan bermula 2 hingga 11 November di pusat-pusat ujian yang telah dikenalpasti. Selepas keputusan UPSR diumumkan nanti, sibuk pula nak isi permohonan online Sekolah Rancangan Khas. Hem...rasanya, inilah hari-hari yang amat sukar bagi saya. Dah hampir 2 bulan saya terpaksa korbankan cuti hujung minggu untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar. Terima kasih kepada semua rakan seperjuangan yang memberi galakan dan dorongan. Tidak lupa juga buat anak-anak dan isteri yang memahami...semoga kalian bersabar dengan dugaan dan cabaran yang terpaksa dihadapi ini. Insyaallah...we will find time for family activities later.




