Pages

Tuesday, June 2

Reunion X-Staf PKG/BTPN Pahang 2015

Salam untuk semua,


Pada 30 dan 31 Mei yang lalu, teman telah menghadiri program reunion X-Staf PKG/BTPN Pahang 2015 yang diadakan di BTPN Pahang, Kuantan. Reunion ini melibatkan individu-individu yang pernah bertugas di Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan BTPN Pahang. Teman pernah bertugas di PKG Kuala Lipis pada tahun 1998 hingga 2000. Alhamdulillah, staf yang telah berpencen pun turut hadir.

Penaung bagi X-Staf PKG/BTPN ini ialah Tuan Haji Mohd Raauf bin Haji Jali, sekarang bertugas sebagai Ketua Sektor SPK Jabatan Pendidikan Pahang. Beliau pernah bertugas sebagai KPP di BTPN Pahang sebelum dilantik sebagai Ketua Sektor. Penasihat pula ialah Tuan Haji Daud bin Talib, mantan Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN Pahang. Beliau pernah menjawat jawatan KPP BTPN sebelum diberi kepercayaan menerajui Sektor Pengurusan Akademik. Sekarang beliau telah bersara. Semoga dengan adanya dua orang kuat ini X-Staf PKG/BTPN Pahang ini akan terus mantap.

Berbaju batik hijau, saudara Baharum, Guru Besar SK Kechau Tui, mantan Penyelaras PKG Kuala Tembeling merupakan orang kuat belakang tabir yang menggerakkan reunion ini. Tahniah bro...

Penasihat, Tuan Haji Daud Talib dan Penaung, Tuan Haji Mohd Raauf Haji Jali menyampaikan ucapan alu-aluan sempena reunion buat julung-julung kalinya ini.

Saudara Hanapisah selaku Pengerusi X-Staf PKG/BTPN Pahang menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Penaung, Tuan Haji Mohd Raauf Haji Jali.

Pendaftaran...dalam senarai yang menyatakan persetujuan untuk hadir 31 orang, yang betul-betul hadir rasanya cuma 27 orang je. Em...musim cuti sekolah ni macam-macam aktiviti la, tak semua orang free...Insyaallah untuk next reunion harap-harap lebih ramai akan involved.

Antara program yang dijalankan sempena reunion ini ialah bacaan yassin dan tahlil.

Bacaan yassin dan tahlil ni ditujukan khas kepada sahabat- sahabat yang terlebih dahulu pergi menemui maha pencipta. Di daerah Lipis sahaja 3 orang sahabat yang  telah kembali kerahmatullah iaitu En. Hadi Mat Yassin (PKG Padang Tengku - meninggal ketika bertugas di JPN Pahang), En. Abdul Aziz Mat Zain (PKG Padang Tengku - meninggal ketika bertugas sebagai Guru Besar SK Batu Yon) dan En. Yusof Ibrahim (PKG Kuala Lipis - meninggal ketika bertugas sebagai guru di SK Wan Ibrahim). Semoga Allah SWT merahmati roh mereka semua.

Bersedia untuk sembahyang hajat berjamaah. Siapa nak jadi imam ni? Emm...nasib baik ada ustaz dalam kalangan X-Staf PKG/BTPN ni...

Otai masih berbisa, saudara Halim mantan Penyelaras PKG Kuala Tembeling sedang menyumbangkan sebuah lagu. Haha...malam ni kita bagi peluang kat abang-abang otai yang berkaraoke. Peringkat adik-adik dengar dan bagi tepukan je.

T-shirt ni sepatutnya dipakai untuk bermain bowling. Kesilapan teknikal pusat bowling semua penuh...tak dapatlah nak main. Takpe untuk next reunion ni kita booking awal-awal ye. Kabonye orang Temerloh offer untuk jadi tuan rumah reunion akan datang. Lipis takde bowling center, tak bolehlah nak offer diri.

Semoga ikatan ukhwah yang terbina ini akan terus kekal hingga akhir hayat kita. Terima kasih semua...