Pages

Sunday, May 31

Sambutan Hari Guru Daerah Lipis 2015

Salam untuk semua,


GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK

Pada 29 Mei yang lalu teman menghadiri Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Lipis 2015 yang diadakan di Dewan SMK Setiawangsa. Seramai 500 warga pendidik yang bertugas di seluruh pelusuk daerah Lipis telah dijemput hadir.

Persembahan tarian selamat datang sejurus majlis dimulakan.

Tetamu khas yang dijemput bagi merasmikan sambutan kali ini ialah YB Dato' Haji Abdul Rahman Mohamad, Ahli Parlimen Lipis.

Gimik perasmian...tahniah kepada Kolej Vokasional SHAS Kuala Lipis di atas idea kreatif menyediakan gimik pelancaran.

Lafaz ikrar Hari Guru oleh guru-guru yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

Koir Hari Guru yang dianggotai oleh guru-guru SMK Clifford. Lagu 'Warisan' yang disampaikan oleh mereka sedap sekali.

Tahniah kepada Datin Samsiah Chu kerana terpilih sebagai Tokoh Guru peringkat daerah Lipis 2015. 

Jasamu terhadap kecemerlangan pendidikan daerah Lipis akan sentiasa dikenang.

Cantik staf PPD dengan baju batik seragam.

Pada malam sebelum majlis sambutan Hari Guru telah diadakan majlis jamuan makan malam di D'Valley Hotel Kuala Lipis.

Jamuan makan malam ini teman rasa diadakan bagi meraikan penderma-penderma yang telah bermurah hati menghulurkan derma untuk Sambutan Hari Guru 2015. Selain itu, majlis ini diadakan bagi menghargai guru-guru yang banyak berjasa kepada pendidikan daerah Lipis.

Selain acara utama yang diadakan di dewan SMK Setiawangsa, acara lain yang diadakan ialah kempen derma darah. Tuan PPD, Haji Misnan sedang memerhati seorang peserta sedang menderma darah. Program ni, teman tak ikut serta hanya seorang sahaja guru daripada sekolah teman terlibat.

Pada malam 28 Mei, teman turut menyertai program bacaan yassin dan tahlil sempena Sambutan Hari Guru peringkat daerah Lipis 2015 di surau SMK Clifford.

- Saya sayang cikgu saya -

Sunday, May 24

Wedding Anniversary

Salam untuk semua,


PERTANDINGAN WOODBALL SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2015 PERINGKAT DAERAH LIPIS

Pada 24 Mei 2015, teman menyertai pertandingan woodball sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Lipis 2015 yang telah diadakan di SK Berchang yang mempunyai 24 fairway. Bermain dalam flight 6 bersama saudara Izhar (Ketua Kerani SMK Kuala Lanar), En. Raduan (GPK Kokurikulum SMK Kuala Lanar) dan En. Hazimin (Penolong PPD Bahasa). En. Ishak Mohamad (Guru Besar SK Relong) bertindak sebagai marsyal pertandingan.

Peserta-peserta wanita yang mengambil bahagian. Pn. Norizan (tiga dari kiri), Guru Besar SK Tempoyang yang akan bersara mulai 1 Jun ini pun turut serta. Selamat bersara Pn. Norizan.

Tuan Haji Misnan bin Haji Mohd Damin, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis turut serta dalam pertandingan ini.

Nampak mudah tetapi susah juga nak masukkan bola di dalam gate. Em...teman hanya mampu berpuashati dengan hadiah saguhati sahaja. Tiga tahun tak sentuh kayu woodball ni...padan dah.

WEDDING ANNIVERSARY

Sabtu 23 Mei 2015 yang lalu, teman membawa keluarga berjalan-jalan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Hasrat nak celebrate wedding anniversary yang ke-21 tahun kat Pavilion.

Kali ni nak cuba turkish taste pula. Jalan-jalan tu terjumpa la Restorant Bosphorus Turkish Cuisine. Em...kat sini boleh kut.

Menu turkish ni banyak berasaskan daging dan roti je. Em...tak apalah sekali-sekala, harap-harap darah tak naik la.

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Majlis Sambutan Hari Guru 2015 peringkat sekolah disambut sederhana tahun ini. Sambutan kali ini dibuat bersekali dengan Sambutan Israk dan Mikraj.

Sebahagian guru-guru perempuan SK Pagar Sasak yang mengambil bahagian dalam persembahan.

Persembahan murid-murid prasekolah.

Acara penyampaian hadiah.


KURSUS PENGURUSAN PRASEKOLAH

Dari 12 hingga 14 Mei 2015, teman menghadiri Kursus Pengurusan Prasekolah Guru Besar Negeri Pahang 2015 yang telah diadakan di Hotel Regency Kuala Lumpur.

Bertemu dengan sahabat lama, En. Zain yang belajar bersama-sama teman di UPSI dahulu. Teman senior beliau setahun.

Penyampaian sijil penyertaan.

Monday, May 4

Kenduri kahwin anak sedara

Bermula dari 1 hingga 4 Mei, teman sekeluarga berkampung di Taman Raub Jaya 3, Raub bagi meraikan majlis perkahwinan anak sedara orang rumah.

Perkahwinan anak lelaki kakak ipar, dua pasang serentak iaitu Hakim dan Mohd Asyraf dengan pasangan masing-masing.

Sebahagian jemputan yang hadir.

Selepas makan nasi...pekena pula abc, peh, apa nak dikata.

Bagi yang masih ada ruang kosong..boleh makan laksa. Sedap belaka juadah kenduri kahwin ini.

DJ yang berpengalaman, abang Bahari, beroperasi di sekitar Shah Alam...biras teman ni.

men'sumbangkan sebuah lagu...tak pandai pun menyanyi ni. Bila dah dipanggil tu, kenalah sporting.

Sempat juga bergambar di hadapan pelamin. Kepada keempat-empat mempelai, semoga rumah tangga yang telah dibina ini sentiasa kekal aman dan bahagia. Selamat pengantin baharu buat Hakim dan Asyraf.