Pages

Saturday, October 18

Lawatan TKPPM ke daerah Lipis

Pada 7 Oktober 2014, Datuk Dr Amin bin Senin, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia mengadakan lawatan ke daerah Lipis.

Jamuan makan malam sebelum sesi bersama Pengetua dan Guru Besar daerah Lipis.

Turut hadir dalam sesi bersama pentadbir-pentadbir sekolah daerah Lipis ini ialah En. Rosdi Ismail, Pengarah Pendidikan Pahang.

Datuk Dr. Amin sedang menyampaikan amanat beliau kepada Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah daerah Lipis.

Turut bersama dalam majlis ini Tuan Haji Razali Mustafar (KS Peperiksaan), En. Ab Rahman (KS Akademik) dan Tuan Haji Zulkifli (KS Pengurusan Sekolah).

Semoga amanat yang disampaikan oleh Tuan TKPPM dapat menjadi panduan kepada kita semua dalam melaksanakan kerja buat masing-masing.

Bergambar bersama MPSM daerah Lipis

Melawat SMK Clifford pada pagi 8 Oktober 2014

Bertemu calon UPSR SK (LKTP) Sungai Koyan

Melawat sekolah orang asli SK Lenjang

Melawat SK Titom

Terima kasih Tuan Timbalan KPPM di atas kesudian berkunjung ke daerah Lipis.

Edited Oktober 23

Mewakili Tuan PPD ke Majlis Anugerah Seri Bestari peringkat daerah Lipis di Lipis Centrepoint Hotel pada 17 Oktober 2014.

Majlis anjuran Perpuspa Daerah ini dirasmikan oleh Tuan Haji Jonaidi, Penolong Pengarah BTPN Pahang.

Sebelah malamnya teman mewakili Tuan PPD ke Majlis Graduasi SMK Benta. Tetamu Kehormat ialah Datuk Dr Suhaimi Ibrahim, Pegawai Khas Menteri Pertahanan.

Sebelum berlangsung majlis graduasi terlebih dahulu diadakan majlis makan malam.

Monday, October 6

Permohonan ke Sekolah Indera Shahbandar Pahang (SISP) SMK Clifford 2015

SISP : KECEMERLANGAN BERMULA DI SINI


Permohonan ke SEKOLAH INDERA SHAHBANDAR PAHANG (SISP) bagi sesi 2015 dibuka sekarang : 

Terbuka kepada murid-murid Tahun 3 (2014) sekolah kebangsaan negeri Pahang

Kemudahan yang disediakan
Biasiswa Sekolah Rendah kepada yang layak (Yayasan Pahang)
Perbelanjaan Asrama dibiayai oleh Yayasan Pahang
Jaminan ke Tingkatan 1 di Sekolah Rancangan Khas
Peluang ke Sekolah Berasrama Penuh


Kriteria Pemilihan 
1. Pelajar Tahun 3 di Sekolah Kebangsaan dalam Negeri Pahang Darul Makmur
2. Murid warga negeri Pahang. Ibu bapa warga negeri Pahang atau salah       
    seorang dari ibu atau bapa warga negeri Pahang
3. Menguasai 3M ( Membaca, Menulis dan Mengira )
4. Tiada sakit kronik
5. Sihat tubuh badan / sempurna fizikal dan mental
6. Mempunyai minat yang tinggi untuk  belajar dan sedia tinggal di asrama
7. Minima Band 4 dalam Penilaian Pertengahan Tahun 2014 bagi mata 
    pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains 
    (sekiranya tiada calon yang layak pihak sekolah dikehendaki mencalonkan 
    sekurang-kurangnya 3 calon terbaik)
8. Pendapatan isi rumah kurang daripada RM3000 sebulan.

Murid-murid yang layak dan berminat dipelawa hadir menduduki Ujian Saringan yang akan diadakan di pusat-pusat ujian yang telah ditetapkan seperti dalam jadual di bawah :

(Click to view original size)


Ibu bapa / Penjaga juga adalah dijemput hadir bersama untuk mendengar taklimat berkaitan Sekolah Indera Shahbandar Pahang (SISP) yang akan disampaikan oleh tenaga pengajar sekolah tersebut.

*Sekiranya tidak dapat hadir ke pusat ujian yang telah ditetapkan, ibu bapa / penjaga boleh menghubungi pihak kami untuk hadir ke pusat ujian yang lain.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Zarina binti Hanafiah (Penolong Kanan Rendah SISP) di talian 013-9308264 atau menelefon saya di talian 019-9402742.