Pages

Wednesday, February 5

Ikan pekasam Pekan Rabu Kedah

Cuti Chinese New Year baru-baru nie, teman ambil peluanglah untuk pulang menjenguk mak dan ayah di kampung. Cadang nak balik waktu cuti sekolah bulan Disember hari tu, tapi banyak pula kerja yang perlu dibereskan. Walaupun dah ambil cuti, tapi terpaksa dibatalkan kerana ada mesyuarat tergempar.

Bila balik kampung nie kena la layan anak bongsu teman memancing. Selalu sangat tengok siri river monster kat Nat Geo Wild.

Nie kategori berkelah jugalah walaupun di halaman rumah je. Makan atas pelenggaq. Emm...yang tak pakai baju tu, ayah teman.

Balik Kedah tak sah kalau tak pergi Pekan Rabu Aloq Setaq. Lokasi wajib orang rumah teman.

Ikan pekasam, loyang madu, rojak Mak Bi dan emping hijau antara cenderamata yang bakal dibawa balik ke Lipis untuk sahabat-sahabat dan jiran tetangga.

Balik je dari kampung teman terpaksa ke kuantan untuk menghadiri Bengkel Agihan Peruntukan 2014 yang diadakan di BTPN Pahang di Beserah, Kuantan mulai 4 hingga 6 Februari 2014.

Biasa mesyuarat kat hotel. Kali nie mesyuarat kat premis kerajaan je sebagai menyahut seruan kerajaan supaya berbelanja secara berhemah. Tiada pendingin udara, tiada pemanas air, tiada pengemas bilik...emm, kena belajar bersusah payah sikit la.

Pada 7 Februari 2014, Jumaat lepas, teman menghadiri Mesyuarat Hari Guru Peringkat Negeri di PPD Raub. Tahun ini giliran daerah Raub menjadi tuan rumah Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri. Lokasi sambutan belum ditetapkan lagi, berkemungkinan besar di dewan Sekolah Menengah Sains Raub.