Pages

Tuesday, January 31

What's the real problem?

Pada 7 Februari baru-baru ini, Dato' Sri Abd Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) telah mengadakan lawatan kerja sehari ke daerah Lipis. Beliau telah ditemani oleh Dato' Haji Mazlan bin Mohamad, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Lokasi-lokasi lawatan beliau ialah Kampus IPGM Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis, Pejabat Pelajaran Daerah Lipis, SMK Clifford dan SMK Panglima Garang Abdul Samad. Di PPD Lipis, beliau telah diberi taklimat berkaitan KPI Pejabat Pelajaran Daerah Lipis yang disampaikan oleh Tuan Haji Misnan bin Hj. Mohd Damin (Pegawai Pelajaran Daerah Lipis). Selepas mendengar taklimat, Dato' Sri Abd Ghafar telah memberi kata-kata peransang dan nasihat kepada seluruh warga PPD Lipis. Antara nasihat dan kata-kata beliau yang perlu diberi perhatian serius ialah 'Jangan fikir apa yang kita tiada, fikirlah apa yang kita ada' dan pertanyaan besar yang beliau lontarkan kepada kita ialah 'What's the real problem?' (Apa masalah sebenar yang daerah Lipis hadapi...sehingga kita ketinggalan di belakang dari segi LINUS dan keputusan peperiksaan awam yang lain). Sahabatku dan seluruh warga pendidikan daerah Lipis, marilah sama-sama kita mencari jawapan kepada persoalan yang dikemukakan oleh Dato' Sri KPPM ini. Guru-guru serta pentadbir-pentadbir di daerah Lipis tidak kurang hebatnya berbanding dengan daerah-daerah lain, so what is the main obstacle yang menyebabkan kita sukar mencapai kejayaan.

Dato' Sri Abd Ghafar telah sudi untuk menanam sepohon pokok ciku di perkarangan Pejabat Pelajaran Daerah Lipis. Semoga pokok yang ditanam ini akan tumbuh subur dan kekal lama untuk menjadi ingatan kepada seluruh warga PPD Lipis tentang nasihat dan teguran yang diberikan oleh Dato' Sri KPPM kepada kita semua.

Dato' Haji Mazlan juga turut menanam sepohon pokok ciku sebagai kenang-kenangan sempena lawatan kerja sehari beliau bersama Dato' Sri KPPM ke daerah Lipis.

Turut hadir ketika debriefing KPI PPD Lipis disampaikan kepada Dato' Sri KPPM ialah En. Jaafar ( Pengarah Kampus IPGM TAA Kuala Lipis), Haji Jailani (KS Pengurusan Akademik), Wan Hamid (KS Pengurusan Sekolah) dan beberapa orang lagi pegawai JP Pahang.

Selepas selesai mengadakan lawatan ke IPGM Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis, Dato' Sri Abd Ghafar telah berkunjung ke SMK Clifford untuk berjumpa dengan guru-guru serta murid-murid sekolah tersebut. Beliau seterusnya diraikan dengan jamuan makan tengah hari. (En. Haidzir, Pengetua SMK Clifford sedang menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Dato' Sri KPPM)

Sambil Dato' Sri Abd Ghafar menikmati jamuan, beliau dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh dua orang pelajar SMK Clifford yang berbakat. (Yang lelaki tu nyanyi selamba je dan yang pompuan tu pula...emm ada gaya Siti Norhaliza la)

Tuan Haji Misnan (PPD Lipis) dibantu oleh En. Hamdan (Timbalan PPD), En. Khairul Azli (Pegawai ICT) dan Pn. Zarina Manja (Penolong PPD Kualiti) sedang tekun menyiapkan bahan presentation untuk dipersembahkan kepada Dato' Sri KPPM. Kesian Tuan Haji Misnan terpaksa bersengkang mata hingga larut malam untuk memastikan bahan presentation tersebut siap dan fakta yang dikemukakan adalah tepat.

Wednesday, January 25

Time to Change

Pada 16 Januari baru-baru ini, PPD Lipis menjadi lokasi pertama program kecemerlangan UPSR yang diilhamkan oleh En. Yahya Zainal Abidin, Pengarah Pelajaran Pahang. Semua Guru Besar sekolah-sekolah orang asli seluruh Pahang telah dijemput hadir untuk mengikuti pembentangan yang dilakukan oleh beberapa buah sekolah yang mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun lepas. Seperti yang diketahui semua, prestasi sekolah-sekolah asli agak terkebelakang jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah kebangsaan yang lain. Oleh itu, dengan adanya program ini, diharapkan Guru Besar sekolah-sekolah asli ini akan mengambil inisiatif untuk menggerakkan guru-guru serta murid-murid di sekolah masing-masing agar mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

Pengarah dan Timbalan Pengarah berehat seketika sejurus tiba di Pejabat Pelajaran Daerah Lipis.

Pn. Asma, Guru Besar SK Chat adalah salah seorang Guru Besar yang terpilih untuk membentangkan program yang telah dilaksanakan sehingga sekolah beliau mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR tahun 2011. We hope your school will be able to win a New Deals award.

Sebahagian Guru Besar sekolah-sekolah orang asli yang hadir bagi mengikuti pembentangan dan perbengkelan bagi mencari formula ke arah mencapai prestasi yang lebih membanggakan dalam UPSR 2012.

Sahabat karib saya, En. Zahar bin Senin, GPK Pentadbiran SK Pos Iskandar Bera. Kami sama-sama mengikuti kursus NQPH di Institut Aminuddin Baki pada tahun 2000 dan seterusnya melanjutkan pelajaran di UPSI pada tahun 2003. Serius gayenya abang Zahar kita nie. Balik sekolah nanti jangan lupa nak aply knowledge yang diperolehi di Lipis nie.

Monday, January 23

Out of the pressure

An Evening in Kuantan

If too long under pressure, focus of our work may be interrupted. Relax with the family during holidays may increase the morale and focus. Hopefully after that we can work well.

We always have a choice

Sempena Cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini, saya membawa keluarga bercuti di De'Rhu Beach Resort, Kuantan. Yang bagusnya bawa keluarga bercuti kat sini ialah kolam mandinya banyak dan dibina macam waterpark pula. Cuma yang bahayanya, ada kolam yang sedalam 9 kaki. So, kena jaga-jagalah kalau bawa anak bercuti kat sini.
( Bilik 243 tu, aircon tak berapa sejuk. Sampai pagi teman tidur tak berselimut. Complain kat management dia kata nak anto maintanance..hem, sampai kesudah tak datang-datang. So..next time select another room or find another hotel )

Hotel ini juga berdekatan dengan pantai. Jika bosan mandi kat kolam, boleh bawa anak-anak mandi kat laut pula. But the danger is still there, so...be careful.

Petang boleh bersiar-siar sepanjang Kuantan Waterfront. Banyak gerai makanan dan pakaian terdapat di sini. Sambil-sambil melihat bot nelayan keluar masuk melalui sungai Kuantan tu, bolehlah pekena rojak buah dan air jambu batu campur asam boi. Bila rasa nak makan makanan berat, bolehlah pilih mana-mana stall yang ada kat situ. Pekena nasi goreng kampung dengan tomyam campur best juga tu. But if you want to eat seafood should go to Tanjung Lumpur juga la. Terasa nak makan kerang rebus, tak kena musim agaknya, semua gerai tak ada. Bila tanya...dah habis (entah ye entah tidak deme nie)

Tuesday, January 10

Perutusan Tahun Baru KPM

Semalam (10 Jan) bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia telah menyampaikan perutusan tahun baru Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis itu juga dihadiri oleh Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong dan Datuk Dr. Puad Zakarshi. Dato' Dr. Rosli b. Mohamad (KSU Kementerian Pelajaran) dan Dato' Abd Ghafar b. Mahmud (KPPM) juga kelihatan berada di atas pentas bersama Yang Berhormat Menteri Pelajaran. Majlis yang bermula jam 9.30 pagi itu berakhir sekitar jam 11.45 pagi.


Dewan A di PICC penuh dengan warga pendidikan dari seluruh negara.

PPD Lipis diwakili oleh 5 orang iaitu Tuan Haji Misnan (PPD), En. Hamdan Harun (Timbalan PPD), En. Shahrom (Penolong PPD SPK), En. Hazimin (Penolong PPD Bahasa) dan saya sendiri. (Ngantuknya mata...maklum la bertolak pukul 4.00 pagi dari Kuala Lipis)

Pengarah Pelajaran Pahang, En. Yahya Zainal Abidin ketika melawat pameran Kementerian Pelajaran di ruang legar PICC.

Sunday, January 8

Pekena stimbot di Rosa Passadena

Cuti sempena tahun baru 2012 baru-baru nie, kami sekeluarga memilih destinasi percutian yang paling dekat. Tak sampai dua jam dah sampai. Cameroon Highlands la...mana lagi. Kebetulan musim hujan, memang sejuk betul la kat atas tu.

Pekena stimbot dalam cuaca sejuk nie memang la best. Kata Cikgu Rosli Nabor (Penyelia Peperiksaan PPD Lipis) kalau nak makan stimbot kat Cameroon, makan la kat Rosa Passadena. Tu yang nak cuba tu. Ternyata kata-kata Cikgu Lie tu betul...memang sedap.

Kalau setiap kali datang Cameroon nak kena beli baju sejuk, letih la. Hem...tu la orang suruh bawa dari rumah tak nak.

Anak bongsu kawan nie, kalau pasal udang memang nombor satu. Dulu waktu kecil kalau makan udang muka bengkak-bengkak tapi sekarang dah ok.

Rasanya dah banyak kali dah datang Cameroon nie, tapi tak tau kenapa rasa tak puas je. Bila balik rumah tu rasa nak datang lagi. Mungkin sebab sejuk kut. Tapi yang tak tahan tu nak cari parking la...terutama kat Brinchang. Puas tawaf dua tiga kali baru dapat. Kalau la Majlis Daerah Cameroon nie boleh sediakan kawasan parking yang banyak... alangkah bestnye.