Pages

Sunday, July 24

Family Day

Aduh, sakitnya pinggang! Bangun pagi tadi terasa betul sakitnya pinggang ni. Biasa la bila attend je program gathering yang ada game mesti sakit seluruh badan. Tu la bila tak pernah exercise. Semalam baru balik dari program hari keluarga PPD Lipis yang telah diadakan di De Rhu Beach Resort, Kuantan. Ramai juga staf yang hadir rasa-rasa hampir 30 orang, campur dengan ahli keluarga yang lain, kira meriah juga la sambutan hari keluarga kali ini. Tahniah kepada semua ajk kelab staf yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.


Acara pertama yang dijalankan ialah berlari berpasangan dengan kaki berikat. Susah juga berlari begini. Anak teman, Ruzaini Imran mengadu sakit kaki selepas itu.

Bowling buah kelapa. Nape satu pun tak kena nie Syahwal? Nampak mudah je, bila cuba baru tau susah.


Teman rasa game 'sambung straw' nie la yang paling ramai orang ngelat. Ada yang masih duk sambung walaupun wisel dah berbunyi. Pastu sambung 23, kabor 32. Teman jujur weh...



Ini acara baling belon berair. Yang pegang belon kuning tu, orang rumah teman. Dapat tempat kedua kita orang.


Acara berebut kerusi untuk anak-anak. Ruzaini Imran dapat tempat kelima. Dapat juga la hadiah.

Abang Lie kita dah menyandar, abang Bullah masih tak nampak garis penamatnya. Tengok ke menu, terutama daging kambing panggang tu memang boleh langgar pantang dibuatnya. Teman yang dah kena telan amlodipine setiap hari nie, terpaksa la bersabor...nengok je le.

Turut diambil kesempatan dalam program family day ini ialah untuk meraikan 3 orang staf yang akan meninggalkan PPD Lipis. Mereka ialah En. Ayub yang bersara, En. Ahmad Riduan yang bertukar ke SMK Clifford dan Puan Nora Ashikin yang akan bertukar ke PPD Jerantut. Kepada mereka semua, selamat menempuhi suasana baru dalam meneruskan perjalanan hidup masing-masing. (Gambar : Tuan Timbalan sedang menyampaikan hadiah persaraan kepada En. Ayub)

Lepas majlis makan malam diadakan pertandingan bowling di Berjaya Megamall. First throw teman dah dapat strike. Bila dapat strike tu, teman rasa malam nie teman la yang punya. Rupa-rupa meleset betul jangkaan teman. Teman dapat kedudukan terakhir dalam kumpulan...he3x (tabik kat ustaz Ismail, dapat 3 strike dalam frame kedua)


En. Hamdan, Timbalan PPD Lipis menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan bowling. Teman dapat hadiah saguhati je, tak termasuk pun dalam top ten. Kepada yang dapat skor terendah, cuba lagi lain kali. Kali nie tak ada pula anugerah ratu longkang.

Saturday, July 16

Sambutan Hari Guru Daerah Lipis 2011

Pagi tadi telah berlangsung Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Lipis yang telah diadakan di dewan SMK Benta. Majlis sambutan ini telah dirasmikan oleh Dato' Haji Ir. Mohd Soffi bin Tan Sri Abdul Razak, Exco Kerajaan Negeri Pahang merangkap ADUN Benta. Turut hadir dalam majlis sambutan tersebut ialah En. Jaafar, Pengarah IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis dan wakil Pegawai Daerah Lipis. Majlis yang bermula pada pukul 9.30 pagi itu dipenuhi dengan beberapa acara iaitu nyanyian lagu Negaraku, ucapan perasmian, koir, tayangan multimedia dan penyampaian anugerah-anugerah kecemerlangan. Tokoh Guru yang terpilih pada tahun ini ialah Tuan Haji Zahari bin Imam Uda, bekas Pegawai Pelajaran Daerah Lipis.


Menunggu ketibaan YB Dato' Haji Mohd Soffi. Dari kiri : En. Haidzir (Pengetua SMK Clifford), En. Shamsudin (Penyelia Sek Rendah), En. Mohd Rosmi (Guru Besar SK Penjom) dan En. Hamdan (Timbalan PPD Lipis)

Adik-adik daripada SMK Kerambit nie dah letih benor gayenya. Sepatutnya YB sampai pukul 9.00 pagi, rupa-rupanya terlewat setengah jam. Mau lari tempurung lutut berdiri hampir sejam kat situ. Make up pun dah cair...

Tuan Haji Zahari (Tokoh Guru) bergambar bersama En. Jaafar (Pengarah IPGM) serta krew persembahan gimik daripada SMV Sultan Haji Ahmad Shah Kuala Lipis.

Sebahagian pesara yang hadir. Abang Long Ibrahim Aziz ada tu...lama betul tak jumpa dia selepas bersara ni. En. Mohd Kadir, Guru Besar SK Kuala Telang (depan sekali) belum bersara lagi, bulan Ogos nanti baru dia pencen. Hari ni dia datang mewakili isterinya yang telah bersara dahulu.

Majlis dah selesai, boleh le kita balik. Apa-apa pun, moh le kita makan dulu.
Dari kiri : Tuan Haji Ali (Pengetua SMK Panglima Garang Abdul Samad), YM Raja Ibrahim (Pengetua SMK Benta - terima kasih kerana sudi menjadi tuan rumah), Tuan Syed Mohamad (Pengetua SMK Kerambit) dan En. Zulkifli (Pengetua SMK Sungai Koyan)


Dato' Mohd Soffi melawat khemah pameran. Terima kasih Dato' di atas sumbangan RM10 ribu kepada PPD Lipis. Patut la YB Dato' berucap panjang, rupa-rupanya ada benda nak bagi.

Thursday, July 14

The 2011 Pahang Robotics Competition

Hari ini dan semalam telah berlangsung pertandingan robotik peringkat negeri Pahang anjuran bersama Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Pahang dan Sasbadi Sdn. Bhd. Pertandingan ini telah diadakan di dewan SMK Panglima Garang Abdul Samad, Benta. Banyak sekolah telah mengambil bahagian terutama kategori sekolah menengah. Bagi daerah Lipis, sekolah tunggal yang mengambil bahagian ialah SK Wan Ibrahim. Sekolah ini pernah memenangi tempat kedua peringkat kebangsaan pada tahun lepas dan telah dipilih mewakili Malaysia dalam pertandingan robotik peringkat antarabangsa di Manila. Majlis penutupan pertandingan ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nazri, Ketua Sektor Pengurusan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Pahang.

En. Hamdan Harun, Timbalan PPD Lipis turut menyaksikan pertandingan robotik tersebut.


Seronok juga melihat pelbagai robot yang dihasilkan oleh para peserta.



Haji Nazri mendengar penerangan daripada wakil Sasbadi Mr. Eric berkaitan pertandingan robotik

Tuesday, July 5

Sarapan Bersama Dato' Pengarah

Pagi ni entertain Dato' Hj. Mazlan Mohamad, Pengarah Pelajaran Pahang sarapan pagi di Restoran Pulut Jamil. Dato' Pengarah berada di Lipis untuk menghadiri satu program di IPGM Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis. Turut hadir menikmati pulut dengan rendang daging di Restoran Jamil itu ialah En. Jaafar (Pengarah IPGM) dan Haji Mohd Raauf ( KPP BTP Pahang). Rendang Jamil memang terkenal dalam kalangan warga Lipis. Kalau ada tetamu atau rakan dari luar datang, memang ke sinilah selalunya dibawa untuk sarapan.


dari kiri : En. Jaafar Idris, Dato' Haji Mazlan Mohamad, En. Hamdan (Timbalan PPD Lipis) dan Hj. Muhamad Musa (Penyelia Kanan JPN).


Sedap pokpaleh weh, pekena pulut rendang daging nie.


...dah tinggal kuah je?

Friday, July 1

Pelancaran 1Murid 1Sukan 1Malaysia di Merapoh

2 Julai 2011, tepat jam 7.45 pagi telah diadakan larian serentak seluruh negara sebagai simbolik kepada pelancaran dasar 1 Murid 1 Sukan. Dasar ini mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di peringkat sekolah. Dasar ini akan menyokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
SMK Merapoh, sekolah yang terletak paling utara negeri Pahang bersempadan dengan Gua Musang, Kelantan sangat bertuah kerana pelancaran larian serentak ini telah disempurnakan oleh En. Yahya Zainal Abidin, Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang.


Sebelum berlari kena la sarapan dulu, baru la ada stamina.
Dari kiri : En. Hamdan (Timbalan PPD Lipis), En. Yahya dan En. Hamid (Pengetua SMK Merapoh)


Timbalan Pengarah, En. Yahya Zainal Abidin sedang membaca perutusan YAB Timbalan Perdana Menteri sempena pelancaran 1Murid 1Sukan 1Malaysia.

Hai...yang depan tu dah tak sabor-sabor nak berlari tu. Jangan semput kat tengah jalan sudah la. Untuk pengetahuan semua, En. Yahya pun turut berlari juga. Trek larian hampir 3 km, melebihi 1.5 km yang telah ditetapkan. Yang patut respect dengan En. Yahya ialah beliau langsung tidak berhenti sepanjang larian tersebut. (teman dua tiga kali berhenti...letih weh dah lama tak berlari)

Lepas berlari dan rehat sekejap...test tekanan darah & kandungan gula dalam darah la pulak. Hem...ada orang tak sanggup nak test, takut sangat gayenya.