Pages

Sunday, April 24

Malam Jasamu Dikenang

Pada 22 April, 8.30 malam bertempat di Dewan Susuran Rasa, Pejabat Pelajaran Daerah Lipis telah dadakan 'Malam Jasamu Dikenang' sebagai meraikan persaraan Encik Ibrahim Aziz, mantan Penolong PPD Rendah yang telah bersara wajib pada 28 Februari 2011 yang lalu. Majlis ini juga diadakan bagi meraikan pertukaran Encik Zainal bin Kamarudin, Penyelia Pembangunan yang bertukar sebagai Guru Besar SK Relong dan Adik Haziq, penuntut Polisas yang akan tamat praktikum di PPD Lipis pada minggu hadapan. Kepada Encik Ibrahim kita ucapkan selamat menghadapi rutin hidup yang baru dan selamat menunaikan ibadah haji. Kepada Encik Zainal, i hope you will be able to do something there. Dan kepada adik Haziq, good luck to continue your studies.


Tercapai juga la hasrat abang Nal kita nak balik sekolah. Sekolah dekat rumah pula tu.

Hai...tak ada gaya nak berhenti dia orang ni. Obesity lagi la abang Kama kita.

Haji Man CC khusyuk betul mengadap ikan patin masak tempoyak. Tuan JD baru kita, Encik Naza Badi dah 'surrender' gayanya tu.

Tuan Haji Basirun sedang menyampaikan hadiah daripada Kelab Kebajikan Staf PPD Lipis kepada Encik Ibrahim. (Unit Pengurusan Sekolah bagi hadiah tafsir Quran...kena baca tu)

Dah dapat hadiah kayu woodball baru, yang lama tu pulang balik la ye...

Thursday, April 21

Tawaran Kursus Perguruan Bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)

Berpandukan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Pelaksanaan Pelantikan Semula GSTT dan melaksanakan keputusan YAB Menteri Pelajaran Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia bertanggungjawab merancang dan menguruskan prosedur pengambilan GSTT yang layak untuk dilatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi tahun 2011. Program ini ditawarkan kepada GSTT Bukan Siswazah dan GSTT Siswazah yang sedang dan pernah berkhidmat di SK, SJKC dan SJKT yang memenuhi syarat-syarat pelantikan, syarat opsyen serta melepasi prosedur pengambilan guru. Bagi yang berminat sila muat turun syarat dan borang permohonan di ruangan 'DOWNLOAD MATERIALS AND FORMS'. Borang yang siap diisi hendaklah dihantar kepada :

PENGARAH
JABATAN PELAJARAN PAHANG
BANDAR INDERA MAHKOTA
25604 KUANTAN
( UP. UNIT RENDAH, SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH )

Tarikh akhir penghantaran borang ialah pada 16 Mei 2011.

Tuesday, April 19

Sepetang di Zoo Lipis

Mungkin ada orang Lipis yang belum berpeluang melawat Zoo Lipis. Saya dah tiga kali berkunjung ke zoo ini. banyak perubahan yang telah dilakukan oleh Majlis Daerah Lipis untuk menaik tarafkan zoo ini. Barangkali zoo ini tidaklah sehebat Zoo Melaka atau Zoo Taiping, namun bagi daerah kecil Lipis, kewujudan zoo ini bolehlah dibanggakan. Zoo yang terletak di atas bukit Bius ini dibuka pada setiap hari bermula pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 7.00 petang. Cuma pada hari Sabtu dan Ahad dibuka lebih awal iaitu pada pukul 9.00 pagi. Bayaran yang dikenakan ialah RM3.00 kepada pengunjung dewasa dan RM2.00 kepada kanak-kanak di bawah umur 10 tahun. Banyak juga koleksi haiwan dan burung yang boleh dilihat di sini. Sebuah gerai menjual cenderamata dan makanan ringan juga ada di sediakan.

Jika ada masa petang-petang tu, bawalah anak-anak melawat Zoo Lipis


Bergambar sebelah ostrich kena jaga-jaga, takut kena patuk pula nanti.


Walaupun buaya tembaga ni kecil tetapi tetap berbahaya

Musang ni tak ada keje lain, asyik tidur je.

Kecil je kuda ni, kuda padi kut.

Sempat juga le berposing. Kedudukan di atas bukit memberi latar belakang yang menarik kepada Zoo Lipis.

Monday, April 18

Perkhemahan Perdana KRS Pahang 2011

Pagi tadi, saya bersama En. Hamdan Harun, Timbalan PPD Lipis mengadakan lawatan ke Pusat Kokurikulum Kampung Lalang untuk melihat Perkhemahan Perdana Kadet Remaja Sekolah peringkat negeri Pahang 2011. Perkhemahan ini dihadiri oleh hampir 400 orang pelajar dari semua daerah. Berbagai aktiviti kemahiran diri akan dijalankan bagi melatih pelajar-pelajar untuk berdikari dan berkerja dalam kumpulan. Dijangkakan Dato' Pengarah akan hadir pada majlis penutupan nanti.

Puan Zaini, Penyelia Kokurikulum PPD Lipis sedang memperkatakan sesuatu kepada En. Hamdan. (Semenjak ada En. Syawaludin ni, ringanlah sikit beban akak Ni kita)

En. Hamdan melawat tapak aktiviti. Teringatlah waktu kat sekolah dulu, seronok juga bawa murid-murid pergi berkhemah.

tes
Camne nak nyalakan api ni? Mancis pun dia orang bagi tiga batang je ni. Nampaknya ada yang tak masak ni.

Sunday, April 17

Hari Bertemu Pelanggan

Semalam (17 April) bertempat di SMV Sultan Haji Ahmad Shah Kuala Lipis telah diadakan program Hari Bertemu Pelanggan yang dianjurkan oleh Kelab Staf PPD Lipis. Program ini melibatkan perjumpaan antara staff PPD Lipis dan guru-guru tingkatan 6 sekolah-sekolah daerah Lipis. Perjumpaan ini diharapkan dapat membuka ruang bagi merapatkan hubungan dan bertukar-tukar pandangan di antara kedua-dua pihak. Aktiviti yang diadakan ialah perlawanan woodball dan jamuan bersama. Turut hadir dalam perjumpaan ini ialah En. Haidzir bin Hussin, Pengetua SMK Clifford dan Tuan Haji Harun bin Dani, Pengetua SMVSHAS.

Apa ni Azizan...asyik obe je ni.

Baru 12 gate dah penat betul gayanya ni. Kalau main kat Lembah Berchang 18 gate, mau terputus urat pinggang gamaknya.


Puan Zarina Manja steady betul...pemenang tempat pertama kategori wanita.

Sahlah tak dapat hadiah, jadi marilah kita makan banyak-banyak.

Tuan Haji Harun bin Dani, Pengetua SMV Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis menyampaikan hadiah kepada pemenang. ( tak merasa keh dapat hadiah kali ni, rasa-rasa main dah ok dah )

Mesyuarat di City Villa Hotel

Pada 13 hingga 15 April 2011 yang lalu, saya telah menghadiri Mesyuarat Verifikasi Data Selepas Penempatan Guru Pahang di Hotel City Villa, Kuala Lumpur. Mesyuarat tersebut sepatutnya dihadiri oleh En. Shamsudin Basir yang memangku tugas PPPDR selepas persaraan En. Ibrahim bin Aziz. Walau bagaimanapun pada tarikh tersebut beliau terpaksa ke Terengganu kerana menghadiri mesyuarat Pendidikan Swasta. Mesyuarat ini bertujuan untuk mengemaskini Data Operasi Sekolah Rendah (DOSR) yang berakhir pada 21 Mac 2011. Ketika bermesyuarat di Kuala Lumpur ni, saya mendapat berita baik bahawa jawatan PPPDR yang kosong selepas persaraan En. Ibrahim Aziz telah diisi. Pegawai yang akan mengisi jawatan tersebut ialah En. Zakaria bin Samah, Penyelia Pengurusan Prasekolah / Swasta, Pejabat Pelajaran Daerah Raub. Beliau dinaikkan pangkat dari DGA32 ke DGA34. Alhamdulillah...selepas ni tak payahlah saya kena mengganti lagi.

Sebahagian PPPDR yang hadir dalam mesyuarat tersebut. Dia orang ni, walaupun dah menghampiri usia bersara, namun masih cekap menguruskan data. Terutama En. Abidin, PPPDR Maran dan En. Ramlan, PPPDR Rompin yang begitu cekap menguruskan data access.


Mesyuarat di pengerusikan oleh Encik Wan Mohd Tarmizi bin Wan Hassan, Penolong Pengarah (Pengurusan Data). Turut bersama beliau ialah En. Mohamad Adnan bin Mohamed Nafis, Penolong Pengarah (Pengurusan Guru)


Kesempatan bermesyuarat di hotel City Villa ini juga digunakan untuk meraikan Encik Zainureen bin Hj. Mohd Nor, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Pahang yang dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Pengarah Bahagian Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 1 April 2011.

Sunday, April 3

Majlis Pertunangan di Jengka 16

Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan isteri memenuhi pelawaan Pn. Saemah, kerani SMK Panglima Garang Abdul Samad ke majlis pertunangan anak lelaki beliau, Izuddin. Majlis pertunangan tersebut diadakan di rumah keluarga perempuan yang terletak di Jengka 16. Majlis pertunangan dijalankan secara ringkas sahaja tiada pantun atau gurindam. Kedua-dua pihak bersetuju untuk 'straight to the point'. Majlis dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan sirih junjung dan cincin tanda pertunangan. Seterusnya kedua-dua pihak membincangkan tentang wang hantaran, syarat-syarat dan jangkamasa pertunangan. Setelah kata putus dicapai, doa selamat dibacakan. Majlis pertunangan diakhiri dengan acara menyarung cincin pertunangan oleh Pn. Saemah ke jari bakal menantunya. Insyaalah.


Wakil pihak lelaki menyerahkan sirih junjung dan cincin tanda kepada wakil pihak perempuan. ( Haji Anuar, wakil pihak perempuan nampak gabra sikit, mungkin first time kut. Teringatlah waktu saya jadi wakil pertunangan anak saudara dahulu, gabra juga. Nasib baik waktu tu, ramai orang tolong 'cover' )

Pn. Saemah menyarung cincin pertunangan ke jari bakal menantu. Mana abang Kamal ni(suami Pn. Saemah), tak nak bergambar ke? Orang lelaki biasa la..'cool'