Pages

Sunday, March 27

Bukit Gambang Waterpark

Pada hari Sabtu baru-baru ni, saya membawa keluarga berehat di Bukit Gambang Waterpark (40 minutes drive from Kuantan). Cuti persekolahan baru-baru ni tak sempat nak bawa dia orang berjalan ke mana-mana. Kesian pula kat anak-anak sebab terpaksa memerap di rumah sahaja selama seminggu. Kebetulan ada urusan di Kuantan pada hari Jumaat, jadi terus jelah ke Bukit Gambang.

best jugalah main air kat sini, siap ada ombak lagi.


Dua orang anak saya bukan main seronok lagi main air, tiga jam terasa sekejap je. ( kat Coco Beach ni panas sikit la, mungkin sebab bahang panas dari pasir laut yang diletakkan kat situ kut )

RM21 untuk dewasa dan RM14 untuk kanak-kanak, rasa-rasa tidaklah mahal sangat.


Budak ni bila dah main air, memang susah nak ajak berhenti. Mula la tarik muka masam, nak ajak bergambar pun susah.

Friday, March 11

Lestari Budi Semarak Kasih

Semalam (11 Mac ) saya mewakili Timbalan PPD, En. Hamdan Harun memenuhi jemputan Majlis Pengetua-Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Lipis untuk majlis Lestari Budi Semarah Kasih yang diadakan di Lipis Centrepoint pada pukul 3.30 petang. Majlis ini diadakan bagi meraikan beberapa orang pengetua iaitu, Puan Hajah Ainen (Pengetua SMK Seri Lipis) yang bersara wajib pada 8 Mac yang lalu, En. Adnan Kadir (Pengetua SMK Kuala Lanar) yang dinaikkan pangkat menjadi PPD Jerantut, Pn. Rahimawati (Pengetua SMK Sungai koyan) yang bertukar ke SMK Kampung Sertik dan Pn. Noraihan (Pengetua SMK Sungai Koyan yang menggantikan Pn. Rahimawati) yang difahamkan akan dapat bertukar balik ke daerah asal beliau (hem...tak sampai 2 bulan beliau kat Lipis dah nak bertukar). Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Haji Khaidir, Timbalan Pengerusi MPSM Lipis. Bagi pihak PPD Lipis kita ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada keempat-empat orang pengetua ini yang telah mencurah bakti selama berkhidmat di daerah Lipis.
.

En. Nan kata dia lebih suka jadi Pengetua daripada jadi PPD. Memang la...jadi Pengetua cuma jaga satu sekolah je, jadi PPD kena la jaga semua sekolah. Makin panjang la janggut tuan PPD kita ni.

Hai...Haji Harun (Pengetua SMV SHAS Kuala Lipis) tak ingat nak balik Kedah ka? Dah pekena ikan patin masak tempoyak dah lupa kat gulai ikan puyu no. he3x...sama la kita.

Wednesday, March 9

Debriefing Bidang Utama Keberhasilan Negara (NKRA)

Pada 9 Mac 2011 (Rabu), bertempat di bilik mesyuarat SMV Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis telah berlansung Program Debriefing Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi sekolah-sekolah daerah Lipis. Program yang dianjurkan oleh Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Pahang itu bertujuan untuk melihat perancangan sekolah-sekolah ke arah mencapai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan Tawaran Baru (New Deal). Program dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi bersama Guru Besar di sebelah pagi dan sesi bersama Pengetua di sebelah petang. Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Hajah Zabedah binti Haji Osman turut hadir mempengerusikan program. Program ini telah dirasmikan oleh En. Yahya bin Zainal Abidin, Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang.
.
Guru Besar yang terpilih untuk pembentangan berdebar-debar...yang tak terpilih pula, rasa selamat asyik berbual-bual je la. Lain kali kita tak akan umum dahulu sekolah mana yang kena bentang, biar semua orang bersedia. Apa-apa pun tahniah buat Pn. Norizan, Guru Besar SK Tempoyang di atas persembahan yang cukup memberansangkan.

Pembentangan sekolah menengah agak 'tergelincir' sikit daripada tajuk, mungkin sebab belum mendapat pendedahan yang mantap berkaitan dengan SBT dan New Deal.

En. Yahya bin Zainal Abidin, Timbalan Pengarah sedang menyampaikan amanatnya kepada Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah daerah Lipis. Antara intipati ucapan beliau yang patut diamalkan ialah teori Newton (semakin dekat, semakin kuat daya). Oleh itu, pemimpin sekolah hendaklah sentiasa 'dekat' dengan guru-guru agar mudah menggerakkan mereka ke arah mencapai kecemerlangan.

Pn. Norizan, Guru Besar SK Tempoyang sedang membentangkan perancangan sekolah beliau. Semoga SK Tempoyang akan berjaya dinobatkan sebagai SBT.

Timbalan Pengarah menikmati jamuan makan tengah hari. Hajah Zabedah (Ketua Sektor Jaminan Kualiti) akan bersara pada 12 April 2011.

Pegawai-Pegawai Sektor Jaminan Kualiti, dari kiri Tn. Hj. Zaberi, Tn. Haji Rozali (KPP), En. Khairel Hing dan En. Ramlan. (Hujung April ni nak jemput En. Ramlan datang Lipis bagi taklimat tentang KIK kepada ketua-ketua pasukan yang dipilih)

Pegawai-Pegawai daripada PPD Lipis yang turut hadir.( dari kiri : Ustaz Nor'azmuddin, Hazimin, Rokeman dan Irza )

Monday, March 7

confidence collapses

Firstly...saya nak ucapkan tahniah kepada kepimpinan kelab staf yang baru di atas beberapa perubahan yang dirancang untuk dilaksanakan. Perubahan-perubahan ini akan memberi wajah baru kepada kelab staf PPD Lipis. Publication of the bulletin is the first step to ensuring that change occur. I have read the bulletin, the contents were very interesting, but my eyes focused on one sentence that can be associated with me. "...menjanjikan perubahan kepada semua anggota bagi memenuhi keperluan kebajikan dan rungutan ahli-ahli ".

Until the day of handover to the new chairman of the club's staff, I still believe that I have been performing their duties properly. But after reading the bulletin that, confidence is collapsing, and I came to feel guilty. So far I think no complaints and everything is going well. There may be grumbling among the members but did not reach to me. My mistake was not spending time talking and listening to club members. I am quite busy. Banyak tugasan-tugasan bukan hakiki yang terpaksa saya laksanakan.

Sebagai pengerusi, saya sepatutnya menitik beratkan pandangan ahli dalam menguruskan kelab ini. Oleh itu, di sini saya ingin memohon ribuan kemaafan kepada semua ahli kelab staf PPD Lipis jika selama 2 tahun saya menerajui kelab saya telah mengabaikan mereka. Doa saya, semoga kepimpinan baru kelab staf akan lebih prihatin dengan pandangan dan keluhan semua ahli. Insyaallah...success is always there at those who want to try.

.....sometimes need to have people remember us "what we are doing wrong"

Sunday, March 6

Roaming in Langkawi

Hujung minggu baru-baru ini (4 hingga 6 Mac 2011), saya menyertai Lawatan penanda Aras Kepimpinan Pendidikan Daerah Lipis ke Langkawi. Seramai 33 orang terlibat dalam lawatan ini terdiri daripada Pegawai-Pegawai PPD Lipis dan guru-guru sekolah. Pegawai-Pegawai PPD Lipis yang turut serta dalam lawatan ini ialah En. Hamdan Harun (Timbalan PPD), En. Hassan Basri, En. Hazimin, En. Rushdan dan En. Rosli Nabor. Tujuan lawatan ini ialah memberi peluang kepada guru-guru sekolah untuk bergaul rapat dengan pegawai-pegawai PPD bagi menjana pertukaran idea ke arah perkembangan pendidikan di sekolah-sekolah daerah Lipis. Semoga dengan pertemuan tidak formal ini, guru-guru lebih terbuka dalam melontar idea-idea mereka. .

Perjalanan dari Kuala Lipis ke Langkawi bermula pada pukul 3.30 petang dengan menaiki bas di perkarangan Pejabat Pelajaran Daerah Lipis. Perjalanan di siang hari agak tenteram, namun di waktu malam sedikit terganggu dengan bunyi bulldozer mengorek tanah (dengkur).

Sampai di Kuala Perlis pukul 4.00 pagi. Sementara menunggu feri pukul 7.00 pagi, kami berehat dan sembahyang subuh di Masjid Syaidina Abu Bakar, Seberang Ramai, Kuala Perlis. Ramai yang 'terkedu' bila tok imam tak baca doa qunut, pastu tak buat sujud sahwi pulak. Hem...ini first time dia orang sembahyang subuh kat negeri Perlis, tu yang tak tau bahawa kat negeri perlis ni tak baca doa qunut dan tak wirid selepas sembahyang. Yang dia orang tau kat Perlis ni satu je...iaitu kalau nak berpoligami tak perlu minta kebenaran isteri tua...ha ha ha.


Sape-sape yang gayat atau fobia dengan tempat tinggi tak yah la naik kereta cable ni ( ada gak kekawan kita yang dalam bas bukan main lagi semangatnya nak naik kereta cable, bila sampai dekat kecut perut)


Melawat tempat memproses minyak gamat di Sireh Lagenda ( celup jari tak panas weh....). Ada yang nak beli minyak lintah gunung tapi malu pula...


Selepas makan tengah hari,kami 'check in' di hotel Bayview. Hotel ni terletak di tengah-tengah pekan Kuah. Selesa betul tinggal kat hotel ni...sebab free kut.



Dari jendela Bayview Hotel ( panorama saat mentari mengundurkan dirinya sungguh mengasyikkan perasaan )


Datang Langkawi ni, kena la beli coklat banyak-banyak. Balik nanti mestilah kawan-kawan akan tanya 'mana Daim?' ( Cikgu Wan, SK Relong beli coklat sampai RM200 )


'Last Shooping'...tak habis-habis ke duit dia orang ni, sampai kat jeti pun masih nak shooping lagi ni. ( En. Hamdan terkilan kerana tak sempat nak beli perfume )


Shooping memang seronok, tetapi bila time berbaris untuk pemeriksaan kastam baru terasa letihnya mengangkat barang-barang. Rehat la sementara menunggu waktu berlepas pukul 3.00 petang. Pukul 4.00 petang sampai di Jeti Kuala Perlis dan terus bertolak balik ke Kuala Lipis. Pukul 5.30 pagi sampai di Kuala Lipis...mengantuk betul, pukul 7.00 pagi dah nak kena pergi office.

Wednesday, March 2

Taklimat Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

Pagi tadi (3 Mac) bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Orang Kaya Haji telah diadakan Taklimat Pelaksanaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Pejabat Pelajaran Daerah Lipis 2011. Taklimat telah disampaikan oleh En. Hamdan bin Harun, Timbalan PPD Lipis. Seramai 6 orang Pengetua dan 7 orang Guru Besar telah terpilih untuk menghadiri taklimat tersebut. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada Pengetua dan Guru Besar berkaitan KIK. Diharapkan dengan pendedahan ini, mereka akan memberi sokongan kepada pembentukan kumpulan KIK di sekolah-sekolah. Peranan Pengetua dan Guru Besar selepas ini ialah menubuhkan kumpulan KIK yang terdiri daripada 4 hingga 10 orang kakitangan serta melantik seorang ketua pasukan. Satu taklimat yang lebih terperinci akan diberikan kepada ketua-ketua pasukan selepas ini. Diharapkan pada tahun ini PPD Lipis akan dapat menghantar peserta ke pertandingan KIK peringkat Jabatan Pelajaran Pahang.


Kumpulan KIK yang dibentuk nanti berperanan untuk mengenal pasti, memilih dan menganalisis masalah yang berkaitan dengan kerja. Mereka kemudian akan mengemukakan idea baru atau cadangan untuk menyelesaikan masalah kepada pihak pengurusan untuk dipertimbangkan. Apabila dipersetujui oleh pihak pengurusan, mereka akan melaksanakan projek KIK tersebut secara sukarela.

Falsafah KIK ialah memberi peluang kepada pekerja untuk membantu organisasi dalam menyelesaikan masalah kerja.

*Nota : Dulu KIK dikenali sebagai KMK (Kumpulan Meningkat Mutu Kerja)

Tuesday, March 1

Anugerah Tawaran Baru (NKRA) Pendidikan

Majlis penyampaian Anugerah Tawaran Baru kepada Pengetua dan Guru Besar Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan telah diadakan pada 28 Mac 2011 di SMK Tun Syed Zahiruddin, Merlimau, Melaka. Sebanyak 586 buah sekolah terpilih untuk menerima anugerah tersebut. Bagi daerah Lipis, kita sangat bersyukur kerana 6 buah sekolah telah berjaya menerima anugerah tersebut. Tahniah dan syabas buat SK Tempoyang, SK Relong, SK Berchang, SK Pagar Sasak, SK Batu 13 dan SJKT Ladang Benta. Semoga kemenangan 6 buah sekolah ini akan menjadi pemangkin kepada sekolah-sekolah lain untuk berjaya pada masa hadapan.


En. Muhb Hasbi (SK Berchang), En. Ishak (SK Pagar Sasak), Pn. Rosniza (SK Batu 13) dan Pn. Devi Masran (SK Relong) merupakan penerima Anugerah New Deal selain Pn. Norizan (SK Tempoyang) serta Pn. Salama (SJKT Ladang Benta)


Dua orang kenalan lama saya suatu ketika dahulu, En. Wahiduddin bin Abdul Manaf (rakan serumah saya ketika sama-sama mengajar di SK Penjom dulu, kini bertugas sebagai Nazir Sekolah) dan Puan Zarina binti Jamil (Guru Besar saya ketika mengajar di SK Penjom, sekarang dia jadi Guru Besar di SK Bukit Damansara)

Weekend with Family

Sejak akhir-akhir ni keadaan agak sibuk sekali. Banyak masa terpaksa dihabiskan untuk menyelesaikan tugasan-tugasan pejabat. Masa bersama keluarga menjadi semakin sedikit. Terasa rugi pula membiarkan anak-anak terus membesar sedang kita kehilangan saat-saat manis usia kanak-kanak mereka. Lantaran itu, bila ada peluang dan ruang saya ingin sangat sentiasa bersama mereka. Petang Sabtu yang lalu saya membawa mereka bermain woodball di SK Relong. Jelas terbayang kegembiraan di wajah mereka. Semoga saat seperti ini akan sentiasa ada.

Mesyuarat Hari Guru 2011

Semalam (1 Mac) saya menghadiri Mesyuarat Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang 2011 yang diadakan di PPD Bera. Tahun ini, tibalah giliran PPD Bera menjadi tuan rumah sambutan Hari Guru peringkat negeri. Sambutan Hari Guru bagi tahun ini dicadangkan diadakan pada 21 Mei 2011 di Dewan Rakan Muda, Bera. Antara program-program yang akan dijalankan sempena sambutan Hari Guru tersebut ialah pertandingan woodball warga pendidik, pameran pendidikan, pertunjukan kebudayaan dan sembahyang hajat.
.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Zainuren bin Hj. Mohd Nor, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah.

Tn. Haji Jalani bin Hj Ludin, Ketua Sektor Pengurusan Akademik turut hadir

Selamat Bersara Abang Long

Pada 25 Februari yang lalu merupakan hari terakhir Encik Ibrahim Aziz, Pengelola Cemerlang Pengurusan Sekolah Rendah bertugas di PPD Lipis. Beliau akan bersara wajib pada 28 Februari iaitu genap usia beliau 58 tahun. Majlis mengetip kad perakam waktu terakhir beliau telah diadakan bermula pukul 3.00 petang lagi. Ramai juga Pengetua dan Guru Besar hadir bagi meraikan persaraan Encik Ibrahim. Sesungguhnya PPD Lipis telah kehilangan seorang pegawai yang berkomitmen dan sentiasa 'consistent' dalam tindakan.
.
Encik Ibrahim bergambar bersama rakan-rakan setugas sejurus sebelum mengetip kad perakam waktu

Menerima hadiah daripada guru-guru SK Clifford

Encik Ibrahim bersalaman dengan Tuan PPD selepas mengetip kad perakam waktu untuk kali terakhir. (Entah mengapa, terasa sedih betul waktu bersalaman dengan Abang Long)

Bersalaman dengan Pengetua, Guru Besar dan guru-guru yang hadir

Nal, bawa kereta tu baik-baik sikit. Orang bersara ni darah manis juga tau...