Pages

Thursday, August 19

Majlis Berbuka Puasa Kelab Staf PPD Lipis

Semalam (19 Ogos 2010) Kelab Staf PPD Lipis telah menganjurkan majlis berbuka puasa yang telah diadakan di kantin SK Clifford. Majlis tersebut telah dihadiri oleh semua staf bersama keluarga masing-masing. Majlis dimulakan dengan tahlil ringkas yang dipimpin oleh Ustaz Hamzah. Semoga majlis sebegini dapat meningkatkan hubungan antara staf dan menjadi pemangkin kepada budaya kerja berpasukan. Kepada semua Ajk Kelab Staf saya ingin merakam ribuan terima kasih di atas kerjasama tuan-tuan dan puan-puan dalam menjayakan majlis ini.

Kursus Kajian Tindakan


Duduk kiri : Basri, Noraini, Rahaimi (p), Nik Fakarudin (p), Muzafar, Neseem dan Suliman (p)
Berdiri kiri : Yaakob, Hj Ramli, Nawi, Fazli, Ilmi, Bahari dan Roslee
( p : pensyarah )
Kursus Kajian Tindakan di Institut Aminudin Baki, Genting Highlands.
16 hingga 19 Ogos 2010

Thursday, August 12

Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak

Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada semua warga pendidik di daerah Lipis. Semoga di bulan yang mulia ini, kita diberi kekuatan dan kesabaran dalam melaksanakan ibadah puasa yang telah diwajibkan ke atas kita oleh Allah swt. Walaupun berada dalam keadaan lapar dan dahaga, dengan komitmen yang tidak pernah goyang kita akan tetap melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Puasa tidak menjadikan kualiti kerja kita semakin menurun sebaliknya memberi kita kekuatan serta keinsafan terhadap peranan kita sebagai pendidik. Keikhlasan dalam melaksanakan tugas adalah kunci utama kepada keberkatan dan keberkatanlah yang membawa kepada kejayaan.

Thursday, August 5

Program Intervensi Pelajar (PIP)

Hari ini (5 Ogos 2010), saya mewakili PPD Lipis ke Majlis Penutupan Rasmi Kem Intensif Program Intervensi Pelajar (PIP) tahun 2010 daerah Lipis yang telah diadakan di Pusat Kokurikulum Kampung Lalang. Majlis yang dirasmikan oleh Dato' Abu Jamal b. Nordin, Pegawai Daerah Lipis itu turut dihadiri Tuan Haji Abdul Ghani bin Abd Rahman, Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan negeri Pahang. Program yang dilaksanakan selama 4 hari 3 malam itu disertai oleh 39 orang murid sekolah-sekolah menengah daerah Lipis. Objektif program ini ialah untuk menyedarkan pelajar tentang kehidupan yang lebih baik, melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dan meningkatkan motivasi pelajar. Semoga program seumpama ini dapat menyedarkan pelajar-pelajar tentang bahaya dadah dan langkah-langkah menghindarinya. Sayangi diri, sayangi semua. Bersama perangi gejala dadah.
Dato' Jamal menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta

Sebahagian Pengetua yang hadir

Beberapa orang Penghulu dan Ketua Kampung turut juga hadir bagi memeriahkan majlis



Sunday, August 1

Majlis Memaknakan Aksara Kata

( muat turun gambar ini di http://www.mediafire.com/?8efvp29otblf8ji )
Pada 29 Julai 2010 (Khamis) mengambil kesempatan kehadiran Tuan Haji Murat bin Ab Jalil, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Pahang ke daerah Lipis, satu majlis bagi meraikan persaraan beliau telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMK Orang Kaya Haji. Majlis yang diberi nama Majlis Memaknakan Aksara Kata ini selain bertujuan untuk meraikan persaraan Tuan Haji Murat juga bertujuan memberi pendedahan kepada Pengetua, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran sekolah-sekolah murid asli tentang adat resam dan pantang larang orang asli. Untuk menyempurnakan tujuan tersebut, pihak PPD Lipis telah menjemput wakil JHEOA iaitu Encik Acong Goji untuk menyampaikan ceramah. Tuan Haji Murat dalam ucapan beliau berharap semua pentadbir sekolah-sekolah murid asli melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka dengan sebaik mungkin. Dasar yang dibuat oleh kerajaan berkaitan masa depan orang asli sudah jelas dan sangat cantik, terpulanglah kepada guru-guru untuk merealisasikan hasrat kerajaan itu. Walaupun majlis pada petang itu agak sederhana, namun cukup bermakna sekali. Semoga apa yang disampaikan oleh Encik Acong itu akan menjadi panduan guru-guru dalam melaksanakan tugas mereka di perkampungan orang asli. Kepada Tuan Haji Murat, kami di PPD Lipis mengucapkan selamat bersara.