Pages

Sunday, January 31

Laporan Aset Alih Kerajaan

Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Lipis,


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Pihak PPD Lipis telah diminta oleh Jabatan Pelajaran Pahang untuk menyediakan Laporan Harta Modal dan Inventori Kew.pa-8, Laporan Tahunan Pelupusan Aset Alih Kerajaan Kew.pa-20 dan Laporan Tindakan Surcaj / Tatatertib Aset Alih Kerajaan Kew.pa-32 tahun 2009 yang akan dikemukakan kepada perbendaharaan sebelum 15 Mac setiap tahun berikutnya.

Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik pihak tuan untuk menyediakan laporan tersebut di peringkat sekolah dan dikemukakan kepada Pegawai Aset, PPD Lipis sebelum atau pada 12 Februari 2010.

Borang-borang Kew.pa-8, Kew.pa-20 dan Kew.pa-32 boleh dimuat turun daripada laman blog ini.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, January 26

Pertukaran Pegawai Pelajaran Daerah Lipis


Pn. Samsiah binti Haji Suradin., PKC.
Pegawai Pelajaran Daerah Lipis
bertukar sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Maran
mulai 1 Januari 2010
(mengetip kad perakam waktu buat kali terakhir di PPD Lipis)

Pemantauan Bersepadu

Pemantauan Bersepadu PPD Lipis ke SMK Seri Lipis telah diadakan pada 12 Januari 2010. Pemantau sehari ini telah melibatkan 12 orang pegawai PPD Lipis. Selain memberi fokus kepada proses P&P (elemen 9), pemantauan juga dilakukan terhadap bidang-bidang lain seperti keceriaan, aset, kewangan, asrama, panitia dll. Pemantauan diakhiri dengan perjumpaan bersama semua guru. En. Hamdan bin Harun, Timbalan PPD telah melaporkan hasil pemantauan.


En. Hamdan b. Harun sedang melaporkan hasil pemantauan




Hari Keluarga PPD Lipis 2009

Hari Keluarga PPD Lipis telah diadakan di Berjaya Hill Resort, Bukit Tinggi, Bentong pada 27 Disember 2009. Hari keluarga ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan staf serta sesama keluarga. Program yang bermula dari pukul 10.00 pagi ini telah diisi dengan beberapa aktiviti antaranya ialah pertandingan bowling, mandi kolam dan sukaneka. Program ini turut dihadiri oleh Pn. Samsiah Hj. Suradin, Pegawai Pelajaran Daerah Lipis. Program hari keluarga ini berakhir pada pukul 5.00 petang.

Pertandingan meniup belon

mandi kolam

Pertandingan bowling

En. Husaini sedang memberi taklimat tentang aktiviti yang akan dijalankan




Mesyuarat Kewangan

Mesyuarat Kewangan PPD Lipis
15 Disember 2009
Grandcontinental Hotel, Kuala Lumpur