Pages

Sunday, April 19

Kursus Pengucapan Awam & Kewangan

PPD Lipis telah mengadakan Kursus Pengucapan Awam pada 17 hingga 19 April 2009, bertempat di Concorde Inn KLIA, Sepang. Kursus selama 2 hari ini telah dihadiri oleh semua pegawai dan staf PPD Lipis. Pn. Samsiah binti Suradin, Pegawai Pelajaran Daerah Lipis juga turut hadir pada majlis penutupan kursus. Penceramah kursus ini ialah Encik Rahmin bin Mahasan, Ketua Unit Pengurusan Sekolah PPD Lipis. Beliau menyampai teknik-teknik pengucapan awam yang berkesan. Para peserta kursus kemudiannya dikehendaki menyampaikan ucapan awam masing-masing sebagai latihan. Slot kewangan pula dijalankan secara forum, dimana 6 orang staf kewangan terdiri daripada En. Hasbullah, Tn. Hj. Othman, En. Mohd Shahril, En. Ayub, Pn. Ina, Cik Rohaya dan Cik Wani diminta menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh peserta-peserta kursus. Forum tersebut telah dipengerusikan oleh En. Hussaini b. Hj Ibrahim, Pegawai PPDa PPD Lipis. Semua peserta kursus telah diberi sijil penyertaan.

En. Rahmin bin Mahasan sedang menyampaikan ceramahnya.


Forum Kewangan dipengerusikan oleh En. Hussaini bin Hj Ibrahim.

Sunday, April 12

Seminar Integriti Warga Pendidik Daerah Lipis



Seminar Integriti Warga Pendidik Daerah Lipis telah diadakan pada 11 April 2009 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Benta. Seminar yang bermula pukul 8.30 pagi itu telah dihadiri oleh Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan, Kaunselor dan guru-guru agama Islam sekolah-sekolah daerah Lipis. Dianggarkan jumlah peserta yang hadir ialah seramai 300 orang. Seminar yang dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan langkah kerajaan untuk mempertingkatkan tahap integriti rakyat Malaysia. Guru sebagai penyebar maklumat akan bertindak sebagai agen bagi menerap dan mengembangkan budaya integriti terbaik dalam kalangan murid-murid. Semoga dengan penerapan awal ini, kita dapat melahirkan generasi yang berintegriti tinggi.

Tiga orang penceramah telah terlibat dalam seminar ini. Mereka terdiri daripada En. Mohamad Diah ( Pengarah IIM ), En. Abdullah ( Kaunselor PPDJB ) dan Dato Raof ( mantan Timbalan KPPM ). Seminar yang berakhir pada pukul 1.30 petang itu, mendapat sambutan baik daripada para peserta. Rata-rata peserta kursus berpuashati dengan kandungan seminar. Puan Samsiah binti Suradin., PKC., Pegawai Pelajaran Daerah Lipis juga berpuashati dengan perjalanan seminar dan sambutan yang diberikan oleh peserta-peserta seminar.

Monday, April 6

Penilaian Sudut PPDa


Pada 2 April 2009, Unit PPDa (Pencegahan Dadah) PPD Lipis telah mengadakan penilaian terhadap sekolah-sekolah yang menyertai Pertandingan Sudut dan Bilik Pencegahan Dadah. Encik Mohd Fazli ( Pegawai Khas KGSK ) dan Encik Abd Manaf ( Penyelia HEM ) telah dilantik sebagai Penilai pertandingan tersebut. Pemenang pertandingan ini, akan mewakili daerah Lipis bagi pertandingan peringkat negeri Pahang.

En. Fazli dan En. Abd Manaf menilai sudut PPDa SMK Merapoh

Lawatan JUSA C ke Sekolah-Sekolah Merapoh

Pada 2 dan 3 Mac 2009, sekumpulan 7 orang Jusa c telah mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah sekitar Merapoh bagi menyempurnakan tugasan PTK mereka yang bertajuk "Flight Of Merapoh". Tujuannya ialah untuk melihat sejauh manakah kesukaran pengangkutan memberi kesan kepada prestasi pendidikan pelajar. Sekolah-sekolah yang dilawati ialah SK Aur Gading, SK Chegar Perah, SK (LKTP) Chegar Perah, SK Merapoh, SK Teluk Gunung dan SMK Merapoh. Sebelum lawatan tersebut, kumpulan Jusa ini telah diberi taklimat di PPD Lipis pada malam 1 Mac.

Bengkel Pengurusan Pegawai KGSK


Pada 24 hingga 27 Februari 2009, bertempat di Bayu Beach Resort, Port Dickson telah berlangsung Bengkel Pengurusan Pegawai Khas KGSK Bil. 1/2009. Bengkel ini telah dihadiri semua Pegawai Khas KGSK dari seluruh negara termasuk dari Sabah dan Sarawak. Tujuan bengkel ini ialah untuk memantapkan pengurusan tiga bidang yang menjadi tugas hakiki Pegawai Khas KGSK iaitu Guru Ganti, Guru KGSK dan guru GSTT. Bengkel ini dikendalikan oleh Bahagian Sekolah Rendah, Kementerian Pelajaran Malaysia.