Pages

Wednesday, November 19

Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum

dari kiri : Ab Yazi (Pengerusi MGB Lipis), Datin Hjh Ragayah (Pengerusi PKPSM Lipis), Saudara Abu Jimi (Ketua Pemuda Lipis), En. Rahmin (Penolong PPD Lipis - Unit Pengurusan Sekolah) dan En. Shahrom (Penolong PPD Lipis - Unit SPPK)
Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Daerah Lipis telah diadakan di Dewan UMNO Lipis, pada 13 November 2008 (Khamis). Majlis anugerah ini telah dirasmikan oleh Saudara Abu Jimi, Ketua Pemuda UMNO Lipis mewakili YB Abd Rahman Mohamad, ADUN Padang Tengku merangkap Ketua Bahagian UMNO Lipis. Majlis yang bermula pukul 2.30 petang itu dimulai dengan syarahan 'Gejala Sosial' oleh Inspektor Najib dari Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis. Kemudian diikuti dengan ucapan oleh En. Shahrom bin Othman, Ketua Unit SPPK dan seterusnya ucapan perasmian oleh Saudara Abu Jimi. Selain penyampian hadiah kecemerlangan kokurikulum, turut juga disampaikan hadiah kecemerlangan akademik bagi sekolah-sekolah yang menunjukkan peningkatan prestasi dalam UPSR 2008.

Pencapaian UPSR 2008 Daerah Lipis

Peratus Lulus 61.23 (2008) 63.44 (2007)
Gred Purata Sekolah 2.51 (2008) 2.41 (2007)
Jumlah 5A 136 (2008) 132 (2007)

Peratus lulus telah turun sebanyak : 2.21 %
Gred Purata Sekolah (GPS) turun sebanyak : 0.1
Jumlah murid mendapat 5A telah bertambah sebanyak : 4 orang