Pages

Thursday, October 30

Mesyuarat Penyelarasan Sekolah Contoh Model CO

Mesyuarat Program Sekolah Contoh Model CO (PSCMCO) peringkat Zon Timur telah diadakan pada 28 hingga 30 Oktober 2009 di Sutera Inn Prima, Kota Bharu. Mesyuarat yang berlangsung selama 3 hari ini telah disertai oleh semua wakil PPD daerah-daerah di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah seorang guru besar bagi setiap PPD. Mesyuarat yang diterajui oleh En. Bilezan Bagdadi dari Bahagian Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan memberi pendedahan tentang PSCMCO ini.

PSCMCO ini bertujuan memperkasakan sekolah kebangsaan. Iaitu menjadikan sekolah kebangsaan sebagai "School Of Choice", di mana ibu bapa berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan. Untuk memperkasakan sekolah kebangsaan pemuafakatan antara sekolah-sekolah ini bagi memperkongsi kekuatan dan kelemahan masing-masing agar kecemerlangan dapat dijana. Bidang perkongsian tersebut termasuklah dari segi kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Sekolah-sekolah akan membina kelompok masing-masing yang tidak melebihi 10 buah sekolah dan mewujudkan jawatankuasa bagi merancang dan melaksanakan program-program kerjasama antara mereka. Diharapkan dengan adanya perkongsian ini, sekolah-sekolah yang mempunyai kelemahan tertentu dapat mengatasinya.

Sebahagian daripada peserta mesyuarat sedang mendengar taklimat tentang PSCMCO


Sunday, October 19

Kursus Perancangan Strategik


Kursus Perancangan Strategik Pejabat Pelajaran Daerah Lipis kali kedua telah diadakan pada 17 hingga 19 Oktober di Hotel Grand Continental, Kuantan. Kursus ini bertujuan untuk memberi peluang kepada semua unit menyiapkan perancangan masing-masing yang tidak dapat disiapkan ketika kursus pertama yang diadakan di Hotel Sri Malaysia Kuantan pada 12 hingga 14 September yang lalu. Pada malam 18 Oktober, telah diadakan majlis khas 'Di sini kita memaknakan pertemuan' bagi meraikan persaraan Tuan Haji Zahari bin Haji Uda, Pegawai Pelajaran Daerah Lipis yang akan mula bersara pada 21 Oktober nanti.




Tuan Haji Zahari sedang menyampaikan ucapan penutupan majlis.


Pertandingan boling telah diadakan bagi merapat hubungan antara staf PPD Lipis