Pages

Sunday, August 17

Karnival Sekolah Rancangan Khas Pahang 2008

Pada 15 hingga 17 Ogos yang lalu telah berlangsung Karnival Sekolah Rancangan Negeri Pahang 2008 di Sekolah Menengah Agama Pahang Muadzam Shah, Rompin. Saya hadir mewakili Unit Pengurusan Sekolah PPD Lipis yang dilantik sebagai urus setia karnival tersebut. Karnival yang berlangsung selama 2 hari ini telah disertai oleh 22 buah Sekolah Rancangan Khas di seluruh Pahang. Beberapa aktiviti telah dijalan sepanjang kernival ini. Antaranya ialah, perlawanan bola baling, woodball, petange, pidato, public speaking, puisidra, luqbah, tulisan jawi, hafazan dan buletin ict.

Sempena karnival ini, pihak Jabatan Pelajaran Pahang juga mengambil kesempatan melancarkan Bulan Sambutan Merdeka yang diadakan pada malam 16 Ogos. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Abdul Hamid bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang selaku mewakili Dato' Pengarah yang tidak dapat hadir kerana sebab-sebab tertentu. Antara atur cara pada malam tersebut ialah ucapan Pengerusi Pengelola Karnival, Penolong PPD Rompin, ucapan Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, nyanyian lagu-lagu asli, syair, sajak dan puisidra.

Majlis Penutupan rasmi telah diadakan pada pagi Ahad, 17 Ogos. Majlis telah disempurnakan oleh Encik Zainuren bin Hj. Mohd Nor, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JP Pahang. Beliau seterusnya sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan yang diadakan. Selesai majlis penutupan, semua peserta karnival telah dijamu dengan kenduri yang telah dilaksanakan secara gotong-royong.

Berikut adalah Johan pertandingan yang diadakan :

1. Bola Baling (Lelaki) : SMK Muadzam Shah, Rompin
2. Bola Baling (Perempuan) : SMK Alor Akar, Kuantan
3. Woodball : SMK Seri Bera, Bera
4. Petange (lelaki) : SMK Jengka Pusat, Maran
5. Petange (Perempuan) : SMK Seri Bentong, Bentong
6. Pidato (Lelaki) : SMK Agama Pahang Muadzam Shah, Rompin
7. Pidato (Perempuan) : SMK Seri Bentong, Bentong
8. Public Speaking (Lelaki) : SMK Muadzam Shah, Rompin
9. Public Speaking (Perempuan) : SMK Alor Akar, Kuantan
10. Puisidra : SMK Muadzam Shah, Rompin
11. Luqbah : SMK Agama Pahang Muadzam Shah, Rompin
12. Tulisan Jawi (Lelaki) : SMK Agama Pahang Muadzam Shah, Rompin
13. Tulisan Jawi (Perempuan) : SMK Agama Pahang Muadzam Shah, Rompin
14. Hafazan(Lelaki) : SMK Agama Pahang Muadzam Shah, Rompin
15. Hafazan (Perempuan) : SMKPPP Tun Razak, Jerantut
16. Buletin ICT : SMK Muadzam Shah, Rompin

Pasukan-pasukan dari Lipis hanya memenangi tempat kedua dalam acara woodball lelaki, ketiga dalam public speaking Lelaki dan tempat kedua dalam acara buletin ict. Tahniah kepada yang telah berjaya. Berjumpa lagi dalam Karnival SRK Pahang 2009.

Thursday, August 7

Mesyuarat Penyelarasan Sekolah Contoh (Model Co)


Pada 25 Julai yang lalu, saya telah mewakili Unit Pengurusan Sekolah PPD Lipis ke Mesyuarat Penyelarasan Program Sekolah Contoh (Model Co) di Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya. PPD Lipis merupakan antara 12 PPD rintis yang dikehendaki melaksanakan program Model Co ini. Program yang mula dilaksanakan di Putrajaya dan Cyberjaya pada tahun 2005 serta diikuti oleh 12 PPD rintis pada tahun 2006 akan dimantapkan menjelang tahun 2010. Hal ini penting kerana program ini merupakan salah satu strategi KPM bagi merealisasikan cabaran teras ke-3 dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu 'Memperkasakan Sekolah Kebangsaan'.

Konsep Sekolah Contoh Model Co ialah Perkongsian Pintar Dalam Satu Pasukan yang bertujuan untuk mencapai kecemerlangan murid menerusi program / aktiviti bersama beberapa buah sekolah. Bidang yang boleh dikongsi bersama ialah Kurikulum, Kokurikulum dan Sahsiah. Kekuatan atau kelebihan sesebuah sekolah dapat digunakan untuk membangunkan sekolah-sekolah lain dalam pasukannya. Manakala kelemahan sesebuah sekolah dalam sesuatu bidang pula dapat diatasi dengan memohon bantuan daripada sekolah-sekolah lain yang mempunyai kelebihan dalam bidang tersebut.

Sebagai satu-satunya PPD di negeri Pahang yang melaksanakan program ini, PPD Lipis dikehendaki menyebarkan konsep program ini ke daerah-daerah lain di negeri Pahang. Sebelum langkah itu diambil, PPD Lipis akan terlebih dahulu memantapkan pelaksanaannya di peringkat daerah Lipis supaya boleh dijadikan Benchmarking oleh daerah-daerah lain.

Tuesday, August 5

Kursus KDP 14 Minggu Prasarjana Muda Pengajaran

Seramai 22 orang guru di daerah Lipis telah ditawarkan Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu Prasarjana Muda Pengajaran di Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis.

Mereka ialah :

01. A. Rahman bin Mat ( SK Teluk Gunung )
02. Aniza @ Haniza binti Wahab ( SK Benta )
03. Che Harime bin Che Hamid ( SM Teknik Kuala Lipis )
04. Fauzaih binti Mat Jusoh ( SK Betau )
05. Hanita binti Embong ( SK Berchang )
06. Iskandar Zulkarnain bin Abd Rahman ( SK Kemahang )
07. Nalini a/p Reganathan ( SJKT Ladang Benta )
08. Nazrizam binti Ismail ( SM Teknik Kuala Lipis )
09. Noor Adzlin Alffa binti Ismail ( SK Clifford )
10. Noor Azan binti Ismail ( SK Padang Tengku )
11. Rasiah binti Abd Rahman ( SK Pagar Sasak )
12. Rohana binti Abd Kadir ( SK Clifford )
13. Samae'yah binti Kamarudin ( SK Jeram Bungor )
14. Sarifah Hajijah binti Wan Bujang ( SK Felda Kechau 1 )
15. Sharman bin Mamat ( SK Padang Tengku )
16. Suria binti Abd Malik ( SK Kechor Tui )
17. Tan Mei Ling ( SJKC Padang Tengku )
18. Tuan Mohd Zaidi bin Tuan Long Hussin ( SK Relong )
19. Tha Swee Long ( SJKC Penjom )
20. Wan Zaliza binti Wan Mat Zin ( SK Penjom )
21. Wan Zuraini binti Wan Drahman ( SK Jerangsang )
22. Yushairani binti Kamaruddin ( SK Chat )

Bagi mengisi kekosongan sementara yang ditinggalkan oleh guru-guru ini, pihak PPD Lipis telah melantik guru-guru ganti.