Pages

Thursday, July 17

Mesyuarat Pelarasan

Mesyuarat Pelarasan KGSK telah diadakan pada 17 Julai 2008 bertempat di Bilik Gerakan, Jabatan Pelajaran Pahang, Kuantan. Mesyuarat tersebut diadakan bagi menyelaras beberapa perkara berkaitan dengan pengurusan KGSK. Mesyuarat dimulakan dengan ucaputama oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Tuan Haji Abdul Hamaid Bin Abu Bakar. Beliau juga turut mendengar dan memberi 'respon' terhadap permasalahan-permasalahan yang ditimbulkan oleh Pegawai-Pegawai Khas KGSK setiap daerah.
Mesyuarat seterusnya dipengerusikan oleh En. Amran bin Kamal, Pegawai KGSK di JP Pahang. Antara isu-isu yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah :
i) Permohonan guru-guru KGSK hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan bukan mengikut amalan biasa, di mana sekolah-sekolah sendiri yang mencari guru-guru untuk mengganti kekosongan di sekolah mereka. Ini bagi membolehkan kawalan terhadap peruntukan lebih cekap dan tepat. Amalan-amalan sebelum ini telah menyebabkan beberapa daerah tidak dapat membayar elaun harian guru-guru KGSK kerana kehabisan duit.
ii) Guru-guru KGSK boleh memegang keahlian bagi dua atau tiga daerah serentak, namun tidak boleh berkhidmat di dua sekolah pada hari yang sama. Contoh, pagi beliau mengajar di sekolah A, manakala petang pula beliau mengajar di sekolah B.
iii) Untuk memudahkan pengurusan pembayaran elaun, hanya cuti yang lebih 2 hari sahaja dibenarkan mengambil guru KGSK.

Mesyuarat yang berakhir pada pukul 12.30 tengah hari itu, telah dihadiri semua Pegawai Khas KGSK setiap daerah.

PPD Bentong : Ahmad Zaki bin Hussain
PPD Bera : Azhar bin Mohamad
PPD Cameron Highland : Ahmad Adha bin Ali
PPD Jerantut : Basri bin Mohd Basir
PPD Kuantan : Ahmad Nor Azmi bin Mohd Ali
PPD Lipis : Mohd Fazli bin Abd Hamid
PPD Maran : Mohamed Bakri bin Abdul Malik
PPD Pekan : Syed Mokhtar bin Syed Othman
PPD Raub : Faizal bin Hassan
PPD Rompin : Abdul Razak bin Abdul Majid
PPD Temerloh : Mahadzir bin Omar

Thursday, July 10

Surat Permohonan Guru Ganti

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Kepada semua Pembantu Tadbir Sekolah atau sesiapa sahaja yang bertanggungjawab menyediakan surat permohonan guru ganti diharapkan dapat menyertakan maklumat lengkap tentang guru yang diganti di dalam surat tersebut. Antara maklumat-maklumat yang perlu ada ialah :

(contoh)

Nama Pegawai Yang Diganti : Rohaya binti Ahmad
No. Kad Pengenalan : 670428-06-6533
Jawatan : PPPLD
Skel Gaji : DGA32
Sebab Penggantian : Cuti Bersalin Anak Pertama
Tarikh Cuti : 11.06.2008 hingga 09.08.2008

Jika pihak sekolah sudah mempunyai calon pengganti guru berkenaan, sila nyatakan maklumat tentang guru ganti tersebut :

( Contoh )

Nama : Mohd Ali bin Sulaiman
No. Kad Pengenalan : 850403-06-5410
Kelulusan : Sijil Pelajaran Malaysia
Tarikh Melapor Diri : 12.06.2008

Bersama surat permohonan tersebut hendaklah disertakan sekali dengan salinan Surat Akuan Tarikh Bersalin dan (jika sekolah mengemukakan calon pengganti) salinan kad pengenalan serta sijil-sijil berkaitan yang disahkan. Bagi guru ganti lepasan ijazah, sekiranya mereka belum menghadiri Majlis Konvokesyen, Surat Perakuan Senat boleh diterima sebagai syarat untuk pelantikan mereka.

* sila catatkan " U. P. : Mohd Fazli bin Abd Hamid, Pegawai Khas KGSK" pada surat dan sampul supaya surat tersebut terus sampai di atas meja saya. Kerjasama tuan / puan sesungguhnya amat dihargai.

Wednesday, July 9

Carta Gaji KGSK & Guru Ganti



* Carta gaji di atas dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Pahang.

Tuesday, July 8

Taklimat KGSK

Semalam, 7 Julai 2008 satu taklimat tentang KGSK telah diadakan di dewan mesyuarat Wacana Minda, PPD Lipis pada pukul 2.30 petang. Taklimat ini diadakan sempena Mesyuarat Penetapan Kelayakan Guru Sekolah-Sekolah Menengah. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Pengetua-Pengetua dan Penolong Kanan-Penolong sekolah-sekolah menengah daerah Lipis.
Taklimat ini bertujuan memberi maklumat kepada pihak pengurusan sekolah tentang latar belakang KGSK dan tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah. Dalam taklimat ini juga, dibincangkan beberapa isu yang timbul sepanjang pelaksanaan program KGSK di daerah ini. Antara isu-isu yang dibincangkan ialah :

i) Gaji lewat diterima oleh ahli-ahli KGSK
ii) Tiada opsyen yang sesuai dengan permintaan
iii) Ahli KGSK enggan bertugas di sekolah-sekolah yang memerlukan.
iv) Pihak sekolah lebih suka kepada guru-guru bukan pesara
v) Guru KGSK berhenti menjadi ahli.

Isu-isu ini dibincangkan bagi mencari langkah-langkah penyelesaian agar program KGSK ini dapat berjalan dengan lancar. Pihak sekolah turut disarankan mengambil beberapa tindakan bagi menambah ahli KGSK di kawasan berhampiran dengan sekolah. Ini memandangkan ada sekolah yang tidak berpeluang mendapatkan khidmat guru KGSK kerana tiada ahli KGSK yang sanggup pergi ke sekolah tersebut kerana jauh. Setakat ini, ahli KGSK lebih tertumpu di kawasan bandar Kuala Lipis sahaja. Oleh itu, hanya sekolah-sekolah di kawasan bandar sahaja yang mendapat nikmat pelaksanaan program ini. Antara perkara yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah ialah :

i) Menyebarluas iklan keahlian KGSK di tempat awam
ii) Menyalurkan maklumat KGSK kepada pesara guru
iii) Menghubungi guru-guru bersara
iv) Menolong guru-guru bersara mengisi borang keahlian dan menghantar borang tersebut ke PPD.

Diharapkan, program KGSK di daerah ini dapat dimantabkan lagi pada masa-masa akan datang.

Thursday, July 3

Ahli KGSK

SEKOLAH RENDAH

Kho Boon Chew - 019-9304236 ( Bahasa Cina)
Abdul Rashid Bin Mat - 09-1222370 ( Agama Islam)
Toong Sin Hua - 09-3240694 ( Bahasa Cina )
Hindun Bt Md Desa - 09-3122271 (Am)
Chan Siew Kien - 019-9971836 (Pengajian Cina)
Mohamed Bin Imam Uda - 019-9884648 (Bahasa Inggeris)
Tajuddin Bin Mat - 09-3123152 (Pendidikan Islam)
Ahmad Bin Hassan - 014-2109297 (Bahsa Inggeris)
Yong Moi - 09-3121411 (Pengajian Cina)
Yee Kee Fan - 013-9655033 (Bahasa Cina)
Surasubramaniam A/L Manikam - 013-3982325 (Bahasa Melayu)
Haji Muhammad Bin Ibrahim - 09-3122787 (Am)
Mohd Hatar Bin Hj Abd Rashid-013-9146513 (Am)
How Wee Tek - 013-9844876 (Am)
Hashim Bin Kh Chik - 019-9339467 (Pendidikan Islam)
Kamaruddin Bin Yunus - 09-3291967 (Bahasa Melayu)
Zulkaflli Bin Idris - 019-3453255 (Am)
Kamaruddin Bin Yunus
Ibrahim Bin Bilal Mat - 09-3123094 (Pendidikan Islam)
Bachek Bin Hassan - 019-9188347 (Ppak)
Pak Oi Kwan - 017-6071458 (Bahasa Cina)
Mustafha Bin Ishak
Mohd Noor bin Ghazali - 0199867179 (Ppak)

SEKOLAH MENENGAH

Ishak Bin Sat - 0148104431 (Pendidikan Islam)
Roslani Bin Idris - 0199925124 (Matematik)
Haji Mahyuddin Bin Ghazal @ Razali - 093121062 (Pengajian Islam)
Abu Talib Bin Ab Ghani - 0123597423 (Pendidikan Islam)
Safiai Bin Mat - 0129381465 (Syariah Wal Qunun)
Abu Talib Bin Ab Ghani